Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doc. anak sy perempuan berumur 5tahun 5bln dia kerap selsema. n dia juga ada eczema. blh di katakan tiap hari juga hidungnya berair. n ada juga ke klinik n doc bekalkan ubt selsema cetirizine hcl. adakah blh di ambil hari² ya? adakah ini juga petanda resdung

3y ago

Waalaikumsalam. Memandangkan dia ada ekzema dan hidung berair, jadi ini kemungkinan ada ada masalah alergi. Sebab orang yang ada eczema ni ada risiko tinggi untuk alergi juga. Alergi pada hidung tu kita panggil alergi rhinitis. Pada kefahaman saya, resdung ni adalah sinusitis, mungkin alergi, mungkin infection. Tapi kalau infection, simptom tu bukanlah hari-hari dan tak berair sangat. Jadi rawatan guna cetirizine tu boleh diambil pada permulaannya setiap hari sehingga 2 minggu. Tapi kalau masih tak ada perubahan, kita akan gunakan nasal spray atau spray hidung. Jadi perlu jumpa pakar. Jumpa saya pun boleh.