Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam doctor, 1) Adakah pengambilan vaksin pneumococcal penyebab bayi ekzema? atau flare? 2) Apakah yg blh dilakukan ibu menyusu terhadap anak ekzema? 3) Boleh syorkan hospital yg menawarkan alergi test dan harga pasaran? 4) Nasihat ubat hospital atau semulajadi untuk mengubati kegatalan anak ekzema sekian

Baca lagi
3y ago

Banyak soalan Puan ni, saya cuba jawab ya? 1. Pneumococcal tak menyebabkan ekzema atau flare. 2. Menyusu badan seperti biasa dan jangan berpantang makan. 3. Datanglah ke klinik saya, kita bincang keperluan bayi Puan ya? 4. Terpulanglah Puan tapi saya syorkan Puan datang ke hospital untuk pemeriksaan.