Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bagaimana untuk cure asma? Atau apakah cara untuk ajar anak yang menghidap asma teruskan hidup? Adakah ini bermakna dia perlu sentiasa bawa inhaler ke mana mana dia pergi?

5y ago

Sebenarnya tak ada cure untuk asma. Cumanya anak Puan akan outgrow the asthma. Maksudnya, simptom berkurangan, jarak antara serangan asma juga lebih besar. Tapi kita kena tahu, sesetengah asma adalah alergik. Elok kita test dulu sama ada alergi atau tidak. Inhaler tu bawa saja ya?