Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saya alergi teruk dgn telur,umur 11 thn,mkn telur mata jd bengkak,keliling mulut jd terkopek² kulit,2-3 bulan ni nmpk teruk sblm ni tidak,bagaimana cara pencegahan @ rawatan yg sesuai doktor?

5y ago

Nampaknya macam kronik sikit alergik ni, Puan. Mungkin akan berterusan sehingga dewasa. Selalunya kita akan cuba bagi telur yang dah masak dalam kek sebagai percubaan. Kalau dia boleh tolerate selepas 2-3 bulan, mungkin kita akan cuba pula telur goreng. Kalau okay dalam 2-3 bulan ni, kita cuba pula telur rebus. Tapi semua ni kita buat selepas dah periksa tahap seriusnya alergi tu melalui allergy test guna darah. Sila datang, kita borak lama sikit pasal topik ni. Panjang ni nak cerita.