Macam bau-bau nak kena cucuk insulin

Bacaan pagi tadi. Saya start puasa jam 4 petang. Last meal nasi putih tak habis, ayam kampung goreng, sayuran mentah (carrots, timun, daun salad), sambal hijau sesudu. Lepas 4 petang saya minum air masak sehinggalah jam 12 tengah malam saya telan sebiji metformin dan masuk tidur. Harini kena ambil bacaan bsp, dan bacaan pagi-pagi dah meroket macam ni. Saya ni pendek kata dah give up dah. Jaga makan tak kena, tak jaga pun tak kena. Makan sikit tak kena, makan banyak tak kena jugak sebab saya akan termuntah. Memang selera makan dah turun sejak fobia tengok nombor. Makan nasi sekali sehari tak kena sebab baby kurang aktif, makan nasi 2 kali sehari lagi tak kena sebab gula akan mencanak macam ni pagi-pagi. Dua minggu sekali memang stress tengok nombor kat glucometer ni. Stress sampai nak bercakap dengan orang pun rasa nak marah. Esok lagi bertambah stress bila kena menghadap nurse dengan doktor. Confirm lah duk zikir ayat sama "ha kenap tinggi ni" Saya ni nak makan pun dah takde selera. Nasi saya separuh pun husband habiskan. Syok tengok ibu lain mengidam macam-macam boleh makan macam-macam. Saya ni teringin milo ais kosong pun rasa nak marah diri sendiri sebab teringin benda-benda macam tu. Telan air liur je tengok orang minum kat kedai. Kalau saya tahu bacaan tak memuaskan hati macam ni saya lenjan je la milo ais kosong pun. Btw saya dapat metformin lepas bacaan bsp saya ada la satu hari tu 2 kali merah Fasting (8 pagi) dengan pre bed (10 malam) Sejak makan metformin bacaan is pre bed cantik. Terus mendadak turun dari 8.1 kepada 4.3 😅 Setakat ni fasting tu je la bermasalah. Doktor pun tak tahu nak buat macam mana sebab tu dia minta saya makan metformin sebelum tidur. Sesungguhnya saya dah tak kuat. First pregnancy pun saya dah tak kuat. Saya taktahu nak hadap yang seterusnya macam mana. Saya tak sampai hati nak bagitahu husband yang saya macam dah takut nak mengandung lagi sekali sebab dia macam mengharap sangat ada anak lagi lepas yang ni..

Macam bau-bau nak kena cucuk insulin
35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

BSP mmg plg sakit jiwa nk kawal.. sy pn ibu GDM. sy dh kawal mcm².. ubat dh 3x tukar. sama je.. bacaan pagi mnyakitkn hati. sblm nie amal air rebusan daun pandan, dh elok bacaan BSP.. ehhh tiberr bacaan HB jadi low pulak. geram nya... sbb air daun pandan menurunkn tekanan darah tinggi sekaligus menurunkn bacaan gula dlm darah. hmm.. serba tk kena lh sng ckp. skrg dh 6 bulan kandungan.. masih dok dgn mslh yg sama. BSP PROBLEM.. 😤😤😤

Baca lagi
8mo ago

Air pandan? 🥹🥹 sedap ke sis 🥹🥹🥹 Saya semalam telan green tea kosong tapi alhamdulillah la takde tingtong atau kembung perut.. hb pun maintain lagi.. lega betul tadi petang lepas check hb Tapi tu lah masalah bsp hahaha doktor sampai taktau nak buat apa dah dengan bacaan pagi tu 😅 Nak bagi insulin pun belum lagi ni

jgn stress sis.. sy pun prgnnt ada gdm.. malah overt gdm lg seawal 8week prgnnt.. sy mkn ubat dan on insulin.. skrg dh selamat bersalin.. bby nak masuk 4buln dh buln ni.. sy pun mkn jga tetap gula tggi.. tp lpas bersalin tk lekat kncing mnis.. cuma msa prgnnt ja letih ulng p klinik dgn hosp.. sis tc nahhh.. jgn stress2 tauu.. tk baik utk kndungn

Baca lagi

Hi sis, sy pun gdm on diet sampai 36w tapi hujung2 pregnancy ni memang gula mencanak. Jaga makan pun naik. Sy kadang2 makan je apa yg sy teringin dalam seminggu sekali. Tapi nak masuk 37w doc suruh on insulin sebab gula lepas dinner tinggi. Mula2 sedih tak boleh terima. Tapi sy redha je tak nak stress2. Stress pun boleh buat gula naik jugak.

Baca lagi
8mo ago

Ya sy perasan kalau sy stress2 jaga makan mesti gula tinggi. Tapi bila sy enjoy je makan tapi still kawal la. Gula ok je. Hahaha

saya pernah mcm sis jugak, rasa macam dah kawal habis makan,bacaan pagi je slalu akan border, lepastu masa dh masuk trimester 3 saya ikhtiar amal minum air saffron sblm tidur,dgn waktu pagi, amal juga minyak kelapa dara padahal sblm malam tu kdg ade terlebih makan. last makan pukul 9 mlm. pagi esok test elok je bacaan bawah 5.0.

Baca lagi
8mo ago

jangan puasa terlalu awl..ni apa yg pernah jd pada sy..kalo last puasa jam 10 jam 10 la..

sis masuk kelab pesakit kencing manis/diabetis di fb. dlm tu admin akan ajar cara macam mana jaga makan. ramai yg berjaya kawal gula. sy pregnant anak ke 3 pun banyak cedok ilmu dr pesakit² dlm group tu. LCNS paling berkesan utk kekalkan paras gula yg optimum. try la,sy gdm on dc masa tu

8mo ago

Apa nama group tu ye?

Sy plk bacaan xmenentu..kdang2 pagi2 bgun tdo 5.0++..lps puasa breakfast 2 jam bacaan lg low plk..mngkin blh try lps bgun tu tgu dlu sejam dua bru test..pastu bru breakfast..sy pernah bgun tdo mandi siap2 nk g keje dlu dlm sejam dua mcm tu tanpa mkn mnum, pastu test 3.0-4.0 mcm tu..

samelah sy gdm, sy 3x malam naik. nurse suh jaga makan. bila bsp mmg sy control mkn. last mkn malam pkl 8mlm. tips mkn metformin lepas mkn trs mkn ubat kalu tak boleh hypo. bila hypo gula terus canak tinggi. sy juga amalkan saffron semenjak mengandung.

8mo ago

Tu la saya ingat nak tukar cara ambil metformin tu.. dan saya baru beli saffron 🤭🤭 nak try lah minum..

takpe, puan tak keseorangan. bacaan fasting saya pun yg saya paling kerap risaukan sebab selalu tinggi. Yang lepas breakfast, lunch dgn dinner selalu okay je. Metformin pun saya tak pernah miss. kita dah buat yg terbaik, tawakkal saja insyallah.

8mo ago

Terima kasih puan 😞😞 Tu lah lepas makan semua bacaan cantik 😔😔

jgn stress la sis, mslh kita sama cuma lain skit, sy mslh berat, jga mkn jgk tetap naik smpai 15kg, ni smua sbb pmbawakkan budak sis, benda xpenah kena kita akan kena, nt lepas branak tiba2 dah hilang, org kata faktor pembawakkan samala tu

sisss.. jgn stress2 . sis boleh dm sy? sy awai2 pregnant mcm sis jgk.. stress n hmpir putus asa sbb xdak ilmu n xtau nk buat apaa lg dh.. serabut xyh ckp.. skrg dh hujung2 tggu nk bsalin jaa.. sy bantu mna yg mampu..