Macam bau-bau nak kena cucuk insulin

Bacaan pagi tadi. Saya start puasa jam 4 petang. Last meal nasi putih tak habis, ayam kampung goreng, sayuran mentah (carrots, timun, daun salad), sambal hijau sesudu. Lepas 4 petang saya minum air masak sehinggalah jam 12 tengah malam saya telan sebiji metformin dan masuk tidur. Harini kena ambil bacaan bsp, dan bacaan pagi-pagi dah meroket macam ni. Saya ni pendek kata dah give up dah. Jaga makan tak kena, tak jaga pun tak kena. Makan sikit tak kena, makan banyak tak kena jugak sebab saya akan termuntah. Memang selera makan dah turun sejak fobia tengok nombor. Makan nasi sekali sehari tak kena sebab baby kurang aktif, makan nasi 2 kali sehari lagi tak kena sebab gula akan mencanak macam ni pagi-pagi. Dua minggu sekali memang stress tengok nombor kat glucometer ni. Stress sampai nak bercakap dengan orang pun rasa nak marah. Esok lagi bertambah stress bila kena menghadap nurse dengan doktor. Confirm lah duk zikir ayat sama "ha kenap tinggi ni" Saya ni nak makan pun dah takde selera. Nasi saya separuh pun husband habiskan. Syok tengok ibu lain mengidam macam-macam boleh makan macam-macam. Saya ni teringin milo ais kosong pun rasa nak marah diri sendiri sebab teringin benda-benda macam tu. Telan air liur je tengok orang minum kat kedai. Kalau saya tahu bacaan tak memuaskan hati macam ni saya lenjan je la milo ais kosong pun. Btw saya dapat metformin lepas bacaan bsp saya ada la satu hari tu 2 kali merah Fasting (8 pagi) dengan pre bed (10 malam) Sejak makan metformin bacaan is pre bed cantik. Terus mendadak turun dari 8.1 kepada 4.3 😅 Setakat ni fasting tu je la bermasalah. Doktor pun tak tahu nak buat macam mana sebab tu dia minta saya makan metformin sebelum tidur. Sesungguhnya saya dah tak kuat. First pregnancy pun saya dah tak kuat. Saya taktahu nak hadap yang seterusnya macam mana. Saya tak sampai hati nak bagitahu husband yang saya macam dah takut nak mengandung lagi sekali sebab dia macam mengharap sangat ada anak lagi lepas yang ni..

35 Balas

Result bsp sy pagi ni 5.9. x pernah2 terlebih had. Rasanya sbb sy baru baik demam x selera mkn. sy dinner pkul 6pm. mkn separuh mngkuk je bubur. pkul 9mlm sy muntah2. utk bacaan pagi ni sy nak repeat semula esok.

Saya pun pernah merasa ape Puan rasa..rasa down sgt.sampai berat bdn turun dan fobia nak makan..akhir nyer jawapan insulin juga sbb horman badan. puan puasa awal sgt tu..kadang yg tu pun boleh Jadi bacaan tinggi

Saya pernah kawal makan sangat-sangat and berat saya terus merah Sebab turun sekilo dalam masa 2 minggu 🥹🥹

Saya ambik dua2 metformin + insulin sebelum tdo , saya makan mcm biasa cuma tak byk apa yg teringin saya rasa je, saya minum milo 3 in 1 tapi bahagi dua separuh lagi simpan untuk hari lain.jgn stress relax je

Saya pun dulu mcm sis, bacaan pagi slalu merah . Lepas ambik insulin baru start cantik , saya lg suka insulin dari makan ubat, tak sakit pun cucuk tu , skarang dah modern pen insulin tu 😁

cuba mkn peria tumis goreng telur yg selalu org buat tu .. pembawakan baby mmg cmtu sis .. sy anak pertama ade gdm .. anak kedua xde . masa 1st preggy yg ada gdm tu boy . kalini xde gdm, girl .

Sedapnya peria 😍😍 nanti saya buat.. saya suka jugak makan peria sebelum pregnant.. Wajib beli kalau nampak haha

sblum buat bsp puan cuba berjalan dalam rumah, sapu sampah ke, siram pokok kat luar rumah bg keluar peluh, sy kalau sangkut bacaan bsp sy buat mcm tu, pastu cek gula semula, mmg bacaan turun..

Betul..sy bgun tdo trus check bacaan tinggi..tpi kalau bgun tdo p mandi siap2 take time skit sejam dua bri test, elok plk bacaan below 4.0

Sy pun mkn nasi skali sehari, tumbesaran baby ok je. Kdg2 puasa full day utk habiskan ganti. Air manis lgsung tak minum, n byk berpeluh asbab rumah panas. jalan kaki minimum sejam sehari.

Check kt kk ke? Kk tempat sy x pernah lg check or scan. Alat dorang pn x canggih sgt, just pakai doppler tu je. Sy scan swasta Alhamdulillah clear. Now da 7m x pernah scan kk pn wlopon sy follow up every month kt sana 😅

bacaan saya pun tak berapa cantik.. gula saya pun tinggi, siap kena insulin lagi.. tiap minggu pi klinik.. tiap minggu buat bsp.. tapi jgn pernah tewas.. kita kena happy happy je selalu..

Hahahah saya selalu telan cepat2 metformin tu sebab mmg pahit.. saya bulan 1 kena jumpa pakar, sebab doktor tak puas hati lagi dengan gula saya.. redha je la..

VIP Member

Saya rasa sebab puan puasa terlalu awal sebab tu insulin spike. Saya ada terbaca dari kelab ibu mengandung yg ada gdm, dorg ubah waktu puasa tu paling awal pkl 8 @ 10 malam.

Saya pun rasa macam tu Sebelum ni saya pernah stop makan pukul 5 bacaan cantik bawah 5 Tapiiii.. Semalam saya stop makan pukul 8, pagi ni pun 5.7 jugak 😔😔

bangun pagi jgn terus amek bacaan sis. bangun bergerak dulu dlm stgh jam g dapur ke mandi ke solat ke baru amek bacaan. kalau bangun terus amek mmg mcm ni

Saya ambik bacaan kat tempat kerja tu.. bukan setakat mandi solat, siap berjalan jauh dan turun naik tangga 😂😂😂😂

Kalu saya boleh bagi cadangan, cuba makan guna brown rice atau beras basmati. Beras ni kurang gula dibandingkan beras yg selalu kita consume.

Beras biasa pun tak habis makan 😂😂😂 maximum saya boleh makan 5 suap je.. apatah lagi beras berkhasiat 😂

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan