bottle to df
Baby saya 22 Hari sekarang. Susu campur. Hari pertama lahir dia pndai hisap susu badan. Says picit Tak keluar lagi. Bagi saya tu normal. Hari kedua balik rumah, mak mertua tengok baby saya nangis, dia suruh husband saya beli susu formula Dan bagi botol. Hari ke 3 baru susu keluar. Time ni saya dah Ada susu. Tapi bila sua breast dia Tak nak hisap. Marah2 kalau saya sua. Sampai sekarang struggle nak tukar dari botol ke direct feeding since sy Tak bekerja. Ada Tak mummy yg berjaya tukar ke df? Bole Tak share mummy semua. Really need motivation right now ?
Baby nipple confuse tu kot sis. Dulu saya lahir pun bg botol since day 1. Takde ilmu masa tu. Sy fikirkan nipple sy flat yg anak sy takmahu hisap direct. Marah2 dia. Menjerit2. So sy terpaksa pam dalam pantang sebab nak bg susu ibu jugak tu pun tak cukup. Kena topup dgn FM 2,3x sehari. Sy hari2 offer kt anak tp dia tetap taknak. Then sy stop offer. Masa dia 40 hari. Sy bengkak susu. Sy bagi kt dia. Dia pandai hisap. Sy terus stop botol and FM masa tu. Start botol balik bila dia 3 bulan sebab sy bekerja. Dia ok. Till now masih fully bf dah 7 bulan. Sis kena skin to skin dgn baby. Mindset kena positive. Jgn kata susu sikit atau susu tak cukup. Sis bukan tau pun susu sis byk mana atau boleh ukur berapa kuantiti susu yang masuk dlm perut anak. Kita cuma boleh tau susu cukup bila kencing berak anak ok dan berat anak. So far anak sy 6 bulan checkup da 8kg. Sis suri rumah lebih baik direct feed. Sgt memudahkan kerja. Even sy yg bekerja ni pun weekend memang gantung pam dan kalau keluar jalan pun sy lebih suka selak je. Senang. Sis boleh join group happy breastfeeding kt FB. Banyak ilmu boleh dpt kat situ.
Baca lagiSaya ada terbaca dalam grouo happy breastfeeding malaysia di favebook. Lactation counsellor bagi tips ni, skin to skin contact tak silap saya. Boleh google dan search cara yg betul di youtube. Lebih kurang mcm ni la, ibukena topless (x pakai baju) & baby pakai pampers je. Letak baby atas dada ibu, dan cuba offer susu badan. Jgn paksa, buat dalam keadaan tenang. Nak selesa buat dlm bilik, kunci pintu supaya x ada gangguan especially dari mak mertua/husband. Org tua2 kan kalau tgk nnt bising eh sejuk la baby kenapa x pakai baju apa semua kan. Common sense la, kalau anak x berbaju jgn bukak kipas dan boleh je selimut belakang badan dia dgn kain. Yg penting, kulit dia dan kulit kita bertemu (skin to skin contact).
Baca lagibetul.. masa lps ja baby lahir nurse pun akn buat benda yg sama. letakkan baby atas bdan kita. stgh jam.. skin to skin. x salah pun kita nk teruskan buat mcm tu msa kat rumah. mcm ank sy, bila nk tido, dia nk pegang baju sy yg dh pakai. kalau bg baju baru dia xnak. lps tu sy tau dh la, pakai baju sat2 jaa.. atleast ada bau2 bdn sy😅
Hmm sy bf dr ank sy lahir..tp pas sbulan nipple crack+nanah..so nurse suruh stop kjap bf sbb takot kuman sume..so sy bg susu botol sbulan..tp slalu ckp kat ank nanti mama da sihat,minum susu mama balik ye..stiap ms die minum susu botol sy btaw mcm tu..kata2 kan doa hihi..alhamdulillah,pas sbulan minum susu botol elok je die bf cm bese..xminum2 da susu botol da smpai 2thn lbey..hmm sis slalu la ckp kat ank n zikir pastu hembus2 sket kat ubun2 ank..moga usaha sis bjaye..insyaAllah😊
Baca lagiYa Allah besnye ank dgr ckp mama dia. Sy pon selalu cakap ke dia. Harap bole df semula. Thanks for sharing your story 🥰. 💪
Kita sama sis. Baby saya 22 hari, lahir 7hb march. First day and second day memang stress susah betul susu nak keluar. Dari nurse sampai ke mil and sil tolong picit breast i. So hari kedua tuh memang start botol. Tapi i keep on practice, agak agak time dia lapar i ckap kat baby kita practice sama ya sampai melecet nipple i. Tapi Alhamdulillah skrg df okay, botol pun okay. Keep on practice je.
Baca lagiYou strong sgt sis. Harap I pon strong mcm sis. Nak sgt2 df baby sendiri.
Btw picit bukanlah kaedah nak tahu ada susu ke tak. Hari 1-2 ni fasa susu awal mmg dia tak keluar jika picit atau pam. Hanya keluarbila baby hisap. Sbb tu kita tgk diaper si anak. Jika ada kencing dlam masa 24jam lps lahir bermakna ada susu badan yg diminum anak
Baby daj nipple confuse ni. Dia marah sbb dh seronok hisap botol. Buat skin to skin sekerapnya. Masih sgt awal so masih besar chance nak pujuk DF semula. Stiap hari, lps mandi, buat gaya mcm tahnik anak. Bila dia start hisap jari kita, slowly masukkan nipple ibu pula
Ohh yg oral stimulation tu ke? Orait akan dipraktikkan. Tq 🥰
Mcm ni sis, if dah cuma mcm² cara tp anak masih enggan df, sis boleh pam susu badan dan bagi pada anak melalui botol. Its ok if tak dpt df, yg penting dpt bagi susu badan pd anak.
Mmg pump bg botol. Tapi sbb sy housewife, better baby df je. Tu struggle sgt2.
Maybe u boleh gunakan nipple shield utk bg susu badan. I mula2 pun baby nangis2 bila suakan breast. But after jumpa nipple shield ni baru dia okay utk hisap susu.
Yeke. Kalau pakai nipple shield tu, if Tak pakai baby still nak latch Tak?
Sy pn pernah mcm tu..tp nurse tunjuk cara lekapan yg betul baru baby mau mnyusu..mmg ambil masa bberapa hari baru sy brjaya..
Ble tp tgk kalau ade effect kt baby.. mcm sya, saya minum kopi😅.. i end up xbole tido.. dan baby saya jgk.. kesiannn
Mom to Aydan Fayyadh