Vaksin baby 4 bulan

Baby ibu dah cucuk 4 bulan ke? Ok ke cucuk tu? Ada yang kena side effects teruk-teruk ke? Kalau tolak untuk 4 bulan saja ok ke? Suami saya jumpa video tiktok side effect vaksin tu.. yang baby dia macam kena eczema lepas cucuk.. lepas tu dia berkeras taknak bagi anak kami cucuk. Dia suruh saya tolak dan sign je kalau doktor suruh sign. Saya pulak nak bagi anak cucuk sebab nak kurangkan risiko penyakit. Sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. Saya malas nak bergaduh nak berbahas ke apa walaupun rasa macam salah pilih suami. Dalam hati ni saya cakap "kalau taknak vaksin anak, sila berhenti hisap vape." Cakap depan-depan kang macam kurang ajar pulak. Simpan dalam hati je la. Yang doktor suruh taknak ikut. Yang doktor larang (hisap vape) nak buat pulak.

37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Video tu ada lalu jugak fyp saya haha 😂 jujur cakap saya tak percaya sangat video macam tu.. entah lah.. 🙂🙂 Saya ada tanya husband jugak. Dia pun takut side effects tu teruk tapi tu lah.. takut susah nak hantar taska kalau tak vaksin 😩 taska kan ramai budak mesti dia terima budak yang divaksin kan 😭😭 Saya pun buntu.. nanti checkup 2 bulan saya nak bincang dengan nurse... huhu😰😰

Baca lagi