Vaksin baby 4 bulan

Baby ibu dah cucuk 4 bulan ke? Ok ke cucuk tu? Ada yang kena side effects teruk-teruk ke? Kalau tolak untuk 4 bulan saja ok ke? Suami saya jumpa video tiktok side effect vaksin tu.. yang baby dia macam kena eczema lepas cucuk.. lepas tu dia berkeras taknak bagi anak kami cucuk. Dia suruh saya tolak dan sign je kalau doktor suruh sign. Saya pulak nak bagi anak cucuk sebab nak kurangkan risiko penyakit. Sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. Saya malas nak bergaduh nak berbahas ke apa walaupun rasa macam salah pilih suami. Dalam hati ni saya cakap "kalau taknak vaksin anak, sila berhenti hisap vape." Cakap depan-depan kang macam kurang ajar pulak. Simpan dalam hati je la. Yang doktor suruh taknak ikut. Yang doktor larang (hisap vape) nak buat pulak.

37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ambil n tawakkal je.. nak kata bab eczema, anak buah saya, baru 2-3 bulan dah start eczema.. sebab belah bapak nya (abang saya) ada eczema termasuk saya. saya tengah2 mengandung ni, eczema pun tengah teruk... sepupu2 saya pun ada eczema sampai seluruh badan.. very fragile kulit diorang... abang saya yg lagi satu pun eczema... tapi, kakak n adik2 saya semua tak de pun eczema.. padahal adik beradik saya masing2 pun full vaksin... jadi, mmg tak nafi, eczema ni ada turun temurun.. mungkin jika belah husband ada eczema, atau belah awak ada eczema, so, mmg ada potensi anak pun boleh kena eczema.. jadi, tak boleh nak salahkan vaksin semata... vaksin atau mana2 ubat sekalipun, mesti akan ada effect... cumanya, effect nya mungkin mild, mungkin teruk.. mungkin jugak takde.. semuanya berbeza mengikut individu, dan ada cara untuk tangani semua effect ubat2 tu... contohnya, vaksin covid.. kenapa perlu tunggu lama2 lepas ambil vaksin? sebab ada side effect.. contoh orang asthma, bila ambil, ada effect teruk... tapi saya pun ada asthma, n bila ambil vaksin covid, Alhamdulillah tak de sampai terukkan asthma saya.. it depends on each individu.. cuba awak bincang2 lagi dengan husband..

Baca lagi