Vaksin baby 4 bulan

Baby ibu dah cucuk 4 bulan ke? Ok ke cucuk tu? Ada yang kena side effects teruk-teruk ke? Kalau tolak untuk 4 bulan saja ok ke? Suami saya jumpa video tiktok side effect vaksin tu.. yang baby dia macam kena eczema lepas cucuk.. lepas tu dia berkeras taknak bagi anak kami cucuk. Dia suruh saya tolak dan sign je kalau doktor suruh sign. Saya pulak nak bagi anak cucuk sebab nak kurangkan risiko penyakit. Sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. Saya malas nak bergaduh nak berbahas ke apa walaupun rasa macam salah pilih suami. Dalam hati ni saya cakap "kalau taknak vaksin anak, sila berhenti hisap vape." Cakap depan-depan kang macam kurang ajar pulak. Simpan dalam hati je la. Yang doktor suruh taknak ikut. Yang doktor larang (hisap vape) nak buat pulak.

37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hye sis.. sye pn bnyk baca pengalaman ibu2x dkt tiktok yg share side effect vaks ni.. and perkara tu pn terjadi pd anak sye.. sehari selepas cucuk vaks 2 bulan anak sye naik ruam merah2x terukk mcm eczema dkt pipi, nseb baik 2 minggu dah baik sye jumpa lotion yg sesuai untuk kulit dia.. dan sye terus jadi takut nak bwk dia enjet yg seterusnya tp sye kuatkan semangat jugak n tawakal bawak anak prgi vaks.. smpailah anak cucuk vaks yg 4bulan (pneumococcal) , sehari selepas tu anak sye kena batuk kering sangatlah teruk, 3 minggu baru pulih sendiri..sye pun mula2x terfikir taknak ambik vaks 2nd dose (6bulan) tp bila fikirkan smula, ni kira ikhtiar kita untuk kuatkan imune anak, walaupun kita mmng tahu antibodi ni akan develop sndiri once penyakit dh menyerang, and depends pada penerimaan badan masing2x..nasihat sye, jgn takut untuk bawak anak vaksin ye sis..klau lepas vaks ank ade side effect mcm demam ke, batuk berlarutan mcm ank sye, eczema ke boleh ikhtiar cri ubat dn lotion sesuai sis.. in shaa allah kita beri yg terbaik untuk ank..

Baca lagi