Vaksin baby 4 bulan

Baby ibu dah cucuk 4 bulan ke? Ok ke cucuk tu? Ada yang kena side effects teruk-teruk ke? Kalau tolak untuk 4 bulan saja ok ke? Suami saya jumpa video tiktok side effect vaksin tu.. yang baby dia macam kena eczema lepas cucuk.. lepas tu dia berkeras taknak bagi anak kami cucuk. Dia suruh saya tolak dan sign je kalau doktor suruh sign. Saya pulak nak bagi anak cucuk sebab nak kurangkan risiko penyakit. Sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. Saya malas nak bergaduh nak berbahas ke apa walaupun rasa macam salah pilih suami. Dalam hati ni saya cakap "kalau taknak vaksin anak, sila berhenti hisap vape." Cakap depan-depan kang macam kurang ajar pulak. Simpan dalam hati je la. Yang doktor suruh taknak ikut. Yang doktor larang (hisap vape) nak buat pulak.

37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis..kalau rasa x mau ambil vaksin sbp tgok anak org lain menderita x payah lah.. tapi kalau lepas ni anak sis mudah terkena jgkitan paru2 pun jgn mnyesal sbp x vaksin juga..sbp yela suami sis kan hisap vape.. jgn salahkan ambil vaksin atau x ambil vaksin.. lain anak lain penerimaan badan..eczema tu xda kena mgena dgn vaksin adohhhh..

Baca lagi
2y ago

Taktau la kat tiktok tu tunjuk macam tu macam menakut-nakutkan kita.. suami saya ni pantang tengok baby sakit.. tu dia jadi berkeras cakap kat saya suruh tolak vaksin yg 4 bulan tu