Vaksin baby 4 bulan

Baby ibu dah cucuk 4 bulan ke? Ok ke cucuk tu? Ada yang kena side effects teruk-teruk ke? Kalau tolak untuk 4 bulan saja ok ke? Suami saya jumpa video tiktok side effect vaksin tu.. yang baby dia macam kena eczema lepas cucuk.. lepas tu dia berkeras taknak bagi anak kami cucuk. Dia suruh saya tolak dan sign je kalau doktor suruh sign. Saya pulak nak bagi anak cucuk sebab nak kurangkan risiko penyakit. Sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. Saya malas nak bergaduh nak berbahas ke apa walaupun rasa macam salah pilih suami. Dalam hati ni saya cakap "kalau taknak vaksin anak, sila berhenti hisap vape." Cakap depan-depan kang macam kurang ajar pulak. Simpan dalam hati je la. Yang doktor suruh taknak ikut. Yang doktor larang (hisap vape) nak buat pulak.

37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tkleh salahkan suami juga sis. Suami sis hisap vape tu jauh2 ke dkt dgn baby? Kalau suami hisap vape jauh dr baby tkde mslh pun pasal tu. Mmg ada baby yg alergic dgn vaksin 4 bulan tu. Dh ramai kena effect dia. Bila dh kena doc n nurse akan lepas tgn ckp ni keturunan la tak sesuai la. Yg sengsara nya parents lah. So jgn tolak mentah2 pendapat husb. Ada betul nya. Jgn dh kena baru nk myesal ye. Utk mkluman sy bukan antivaksin😂 tp sy bnyk tgk parents menderita akibat cucuk anak tu. Pape pun semua terpulang pd sis.

Baca lagi
2y ago

betul. solat istikharah utk semua yg kena buat pilihan. btw, ni contoh sakit lain & vaksin lain tau. sis mesti tahu pasal sakit polio kan? kat Indonesia 2024 ni ada kes balik tau polio tu, yg kalau kat malaysia ni last masa tahun 92, lepas puluh tahun bebas polio, ada datang balik kes polio masa sblm 2000 dulu. just sharing, if tak penting blh abaikan 🤗