HB semakin turun

Assalamualaikum, saya nak tanya tentang hb setiap kali cek di KK mesti turun mula 12.2 lepastu 11.9 lepastu 11.7. Ada tak cara untuk naikkan balik hb. Sebab saya makan ubat yang disarankan mengikut ketetapan seperti jgn minum dengan susu atau kopi...dan saya ambil sebelom makan 2 jam. Saya risau kalau makin turun hb.

31 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau sya selalu makan vitamin 2 jam lepas makan, makan dengan oren sunquick kosong bancuh cair2, dari awal prgnant sya dah stop segala jenis kafien, milo pun sya tak minum, cuma jus2 buah, saya tak amalkan sebarang suplement atau minuman tambahan, cuma selalu makan jambu, oren dgn delima, tiap hari mesti ada salah satu ni, Alhamdullilah hb cantik 13.9 masih cntik, dab brpa kali dah checkup msih 13.9, cuma saya berat drop bnyak sikit, mgkin nurse kata sbb mual truk lpa tu makan portion sya jadi sikit, mgkin tak lalu sma, tapi mmg lebih banyakkan makan buah2 gitu. Sekarang dorg monitor berat sya dalam 2 minggu.

Baca lagi
TapFluencer

hb mmg turun naik. ikut pemakanan & gaya hidup kita juga. kena makan buah yg tinggi zat besi/vit c (jambu batu, buah delima, oren), sayur bayam, daging merah. air putih kena mencukupi. kurangkan stress & tidur cukup. ubat kk bg tu elok makan dgn air lemon/limau kosong supaya penyerapan lg tinggi. elakkan kafein (teh, kopi, coklat). mcm sy, tiap kali nak cek hb pg tu sy akan minum air 1.5l & makan jambu batu separuh biji. Alhamdulillah bacaan hb 13+. ataupun cuba minta tukar jenis ubat tambah darah lain, mungkin yg skrg tak berapa sesuai.

Baca lagi

hb mmg naik turun sis.. sy byk mkn buah-buahan, sayuran n kekacang.. air teh kopi yg berkafein semua xminum dh. kalau teringin sgt bancuh sikit je,.selalu bancuh air limau. xkisah limau nipis, kasturi.. ubat tambah darah pulak saya makan pukul 10 MLM nak masuk tidur.. 2jam selepas mkn.. sekarang cek dah cantik je bacaan.. 13 je atas je.. try ye sis.. gudluck

Baca lagi

setahu saya,, HB kita mmg turun naik,, kalau dh tahap bacaan 10 tu,, kita kena jaga pemakanan betul2,, byk kan ambil buah buahan,, tapi saya minum jugak kopi, teh tu semua dari anak pertama dengan anak kedua sepanjang mengandung,, Alhamdulillah tkde masalah apa2,, minum air gula pun bacaan still normal,, bergantung pada setiap individu ☺️☺️

Baca lagi
2y ago

betul tu. sy minum juga coffee. dr 1st pregnancy smpi yg 2nd ni. cuma sy sbb ada talasemia trait je.

dulu saya masuk 3 bulan, hb terus drop.. tiap2 minggu ambik darah sampai rasa lali, ikhtiar macam2, apa yg nurse dan org sekeliling suggest semua pergi beli dan makan, ubat yg kk bg pun makan ikut time tak penah skip, tpi tetap tak naik, last sekali sbb dah penat jaga makan, saya makan je apa pun, nak dekat due hb naik sampai 13..

Baca lagi

boleh cuba makan ubat iron pada sebelah malam sebelom tido. minum dgn air sunquick tanpa gula. pada sebelah pagi boleh cuba amalkan ganilia. sy dr hb 8.9 naik 11. sy ada talasemia trait. jdi doctor inform kalau range 10 tu masih dikira okay. doctor juga ada check iron dlm drh sy. result iron sy okay

saya haritu buka buku 11.5 turun sampai 9.2 tiap minggu kena pegi klinik check hb. kena banyakkan buah & sayur, tiap pagi saya minum susu & mkn kurma. skrg latest hb 11.6. kopi saya minum juga tp waktu tea time supaya tak ganggu ubat. doc kata normal hb turun naik. asalkan hb masa buka buku awal2 tu ok.

Baca lagi
VIP Member

Saya pun alami masalah yg sama. HB asyik jatuh je. Dua kali saya buat sehari sebelum nak check up kat klinik kesihatan. Alhmdulillah HB cantik. Tipsnya yang boleh saya kongsikan adalah makan buah kurma dalam bilangan ganjil dan minum air limau nipis suam. HB saya dari 11.2 naik ke 13.1. Cube try buat

Baca lagi
2y ago

Sehari sebelum nak check up sis..

Saya makan iberet500. Dua jam sebelum sarapan makan ubat. Perut kena bagi kosong. Macam saya checkup perut hari rabu. Jadi hari isnin sampai, pagi nak pergi kk. Saya makan jambu batu. Selalu dua biji jambu saya makan. Dari hari isnin. Yang latest 12.6. Sebelum nih paling rendah 11.4.

saya selalu range 11 je kalau check hb. sec last tu maybe sebab stress , jadi 10.7 😂 dapat la ubat baru, iron tablet. selama ni obimin je . tiba2 jadi 12.8 hb saya. macam wow 😂 padahal bukan saya makan hari2 pun iron tablet. obimin pun kadang skip 😂