Keguguran 2 kali dalam tahun yang sama. Share pengalaman ibu2 supaya saya kuat ❤️
Assalamualaikum ibu2, sy dh 2x keguguran..keguguran bulan 4(7w) dan bulan 9(8w)..(3 bulan jarak baru mengandung semula). Boleh ibu2 share macamana lg nak elak keguguran?..Boleh share pengalaman ibu2 x? Terima kasih... ❤️❤️❤️

Sy pun keguguran 2x. Yg 1s masa 9weeks (ogos,2022). Pantang 3bulan then nak tunggu husband turun darat lagi sbb dia kerja kapal. After that conceive semula, 3x cycle period tak lekat2.. Lepastu berurut, terus lekat. Yang 2nd pun tak lama just 5weeks (may,2023). Sy salahkan diri sy sebab mungkin minum air tebu banyak sangat few days sebelum raya. Malam raya tu terus bleeding.. Satu lagi mungkin sbb sy stress juga sebab kerja. Kerja tadika nak kena handle kids, jalan situ sini, naik turun tangga, memang tak duduk langsung. Tak lama tu terus gugur. Rasa macam takda harapan dah. Sedih sangat2. 2 kali gugur, husband takda dengan kita. Then husband terus suruh berhenti kerja. Tapi teruskan semangat ttc lagi. Berurut, and jaga makan. Tak makan meggi, makanan proses, junk food, manis2 tu mmg sy pantang. Masa 1st cycle period lepas gugur yg kedua tu, Sy rehat secukupnya, manage stress, memang dah tak stress lepas berhenti kerja. Sy ikhtiar, banyakkan makan avocado madu, makan sweet potato, folic acid, and minum susu efferty yg Doc Raihana tu. Dah consume 5 jar. Sy stay trgganu, sanggup pergi KL nak jumpa dengan husband sebab masa tu husband tengah on duty. Tapi pergi jumpa jugak. Alhamdulillah bulan 6 lekat lagi, and sekarang nak masuk 4 bulan. Sy banyak bedrest, tak buat kerja and angkat berat2. Alhamdulillah sempat juga merasa buka buku pink. InshaAllah semoga baby sihat2 sampai lahir. InshaAllah seagi kita ada rahim kita boleh mengandung. Jangan putus asa.. ikhtiar, amalkan doa2, istighfar banyak2 sebab istighfar ni salah satu solusi 1001 masalah, pembuka rezeki. Sy pun sentiasa amalkan lepas solat. Dah lekat, amal pula doa2 elak keguguran. Yang penting hati kita kena redha.. InshaAllah..
Baca lagi