Keguguran 2 kali dalam tahun yang sama. Share pengalaman ibu2 supaya saya kuat ❤️
Assalamualaikum ibu2, sy dh 2x keguguran..keguguran bulan 4(7w) dan bulan 9(8w)..(3 bulan jarak baru mengandung semula). Boleh ibu2 share macamana lg nak elak keguguran?..Boleh share pengalaman ibu2 x? Terima kasih... ❤️❤️❤️

sy pernah keguguran sebelum ni, 6w keatas. sy dengan husband makan folic asid 3 bulan pertama. sy pergi berurut & bertungku. makan berpantang cm biasa. jangan buat kerja berat & aktiviti yg lasak. fikiran tak boleh stress. ini cara saya, ikhtiar nak pregnant semula. bila sy dapat tahu sy pregnant, sy memang jaga betul2. beli brg dapur semua en suami yg uruskan. sy kurangkan aktiviti keluar jalan2. sy bekerja, sy bawa bekal sendiri, en suami tolong masakkan. sy jarang sangat makan kat luar kecuali sy mgidam😌. aktiviti hari minggu, sy byk habiskan masa di rumah je. bila da masuk trimester 3, barulah saya berani keluar jalan2. jarang buka media sosial & solat minta dipermudahkan segalanya. kini, saya da selamat bersalin pada bulan lalu. sy doakan sis ada rezeki pada masa akan datang. kalau sis da pregnant, fikiran tak boleh stress2. makan kena jaga juga & tak boleh buat kerja berat.
Baca lagi