Keguguran kali - 3

Assalamualaikum hari ni hari ke 6 saya berpantang dah 2 hari ni saya start murung sangat, saya cuba nak lawan berzikir tapi badan saya lemah. Saya sedih sebab berjauhan dengan suami dan dia sibuk kerja dan bila suami tak ada saya lepas kan dekat dia dari telefon tapi saya bersyukur sbab suami tak ambil hati dan saya rasa sangat bersalah. saya rasa sunyi sebab ramai dengan hal masing-masing dan tak ada tempat nak mengadu. Kehilangan yang ke-3 terasa sangat yang membuat kan saya tertekan. Selepas hari d&c saya , saya cuba kawal emosi saya dan saya redha. Lepastu semangat sangat nak mencuba lagi dan atur baik-baik dan berpantang tapi hari demi hari saya makin down dan terasa mcm rezeki mendapat anak tu memang tak kan dapat pada saya. Di sini saja tempat yang ssaya dapat lepaskan sebab selalu dapag support dari orang yang saya tak kenal. Saya cuma nak luah kan sebab saya pun takut kaalau saya kemurungan teruk.

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumussalam.. semoga awak terus kuat ya.. Saya doakan awak tabah dan redha atas ujian ini. Kita sama-sama berpantang. Cerita saya…Setelah 8 tahun kawin, Allah rezekikan ada baby dalam kandungan, cumanya berlaku keguguran pada 26/1 yang lepas, usia kandungan 19m4h. Saya pun tengah usaha untuk redha. Semoga awak terus kuat ya ❤️

Baca lagi