Suami tengok porno

Kenapa ye kita dah bagi tapi dia still tak puas apa guna saya sebagai isteri kalau dia masih nak tengok benda benda macam tu banyak kali tegur banyak kali bagi peluang. Saya bukan suka sangat nak spot check tapi bila dah 2 3 hari rasa lain je mesti tergerak hati nak tengok terasa ada je benda yang disorok. Saya sebagai isteri rasa kecewa apa kurang lagi saya ni walaupun penat satu hari melayan kerenah anak buat keje rumah lagi tapi saya tetap jalan kan tanggungjawab sebagai isteri melayan nafsu dia tapi ini yang dia balas. Macam mana ye nak stop kan si suami dari buat benda yang tak elok tu saya rasa down sangat sangat 😭

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kena ingatkan suami ttg bahana tengok porno ni, bukan sahaja terdedah dgn gelapnya hati, itulh punca bnyk masalah kehidupan kita terjadi. Akal mudah jadi lemah, hilang semangat berkerja dll. itukan aurat manusia.. yg terlebih² perlu dihindarkan, dh jatuh dosa.. boleh jatuh dosa besar. Rasulullah pernah bersabda, "Jauhi jalan zina.." jalan zina tu pun dh tak boleh dekat apatahlh penzinaan. ingatkan ttg azab di akhirat, azab Allah yg Maha Dahsyat, Waktu sakaratul maut nnti kita dah tak boleh hindar. Tapi ingatkanlh dia dengan lemah lembut, dengan menggunakan kekuatan akal dlm beragama bukan hati yg banyak terikat dgn nafsu sbb walau apapun dia adalah suami, kena jaga adab dgn suami, utamakn keperluan dia.. Pn kena saling bantu dan bimbing dia, kesedaran yg Pn ada itu dh sangat² berharga utk bawa dia. Pn Jangan down ya, Allah pernah berfirman.. "dan ingatlh sesungguhnya pertolongan Allah itu sangatlh dekat, bagi orang² yg beriman.." InsyaAllah, Kuasa doa tak pernah kalah. Apatah lg doa seorg isteri utk suaminya😊

Baca lagi

Perbetulkan solat, buat solat berjemaah sama2.. Tadabbur buku2 ilmiah berkaitan benda2 cmni.. Hadir majlis ilmu..