Keguguran kali - 3

Assalamualaikum hari ni hari ke 6 saya berpantang dah 2 hari ni saya start murung sangat, saya cuba nak lawan berzikir tapi badan saya lemah. Saya sedih sebab berjauhan dengan suami dan dia sibuk kerja dan bila suami tak ada saya lepas kan dekat dia dari telefon tapi saya bersyukur sbab suami tak ambil hati dan saya rasa sangat bersalah. saya rasa sunyi sebab ramai dengan hal masing-masing dan tak ada tempat nak mengadu. Kehilangan yang ke-3 terasa sangat yang membuat kan saya tertekan. Selepas hari d&c saya , saya cuba kawal emosi saya dan saya redha. Lepastu semangat sangat nak mencuba lagi dan atur baik-baik dan berpantang tapi hari demi hari saya makin down dan terasa mcm rezeki mendapat anak tu memang tak kan dapat pada saya. Di sini saja tempat yang ssaya dapat lepaskan sebab selalu dapag support dari orang yang saya tak kenal. Saya cuma nak luah kan sebab saya pun takut kaalau saya kemurungan teruk.

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

adik sy pn bru keguguran. lpas kguguran pntang xhbes dr sahkan ada cyst ovari plk kne emergency operate. dr xbg hamil lagi buat ms skrg. kakak ipar sy sorg lg berkali2 dh gugur 8thn xdpt preggy. smpai die giveup. yg sorg lagi kak ipar ada cyst juga. smpai skrg khwin xdpt preggy lg. xde rezeki. awk jgn give up ok. betul sokongan tu penting. awk cuba buang bnda ni dri fikiran. sbb Allah maha mngetahui bila waktu sesuai bby tu blh ada. dlm msa sama cuba awk pegi berurut dgn makcik2 urut. sbb hritu mak sdara sy urut sorg doktor yg lama dh nk ank. alhmdulillah. dr tu dh preggy dh pun. cuba ikhtiar urut awk.. sy doakan ada rezeki awk utk timang baby..bnykkan brdoa tau. awk jgn sedih. rezeki ank Allah yg berikan. anak2 yg keguguran. akn tggu awk di pintu syurga nanti.

Baca lagi

Waalaikumussalam, moga awk terus kuat dan sabar. InshaAllah ujian berat utk org hebat. Sy 2x gugur tp alhamdulillah kali ke3 ada rezeki. Kwn sy 9 taun br de rezeki baby. ada kwn sy yg 13, 11 taun kawin xde rezeki juga yg penting kne redha dan sabar. Dia bgtau skrg dia happy2 je jaga mkn dan tetap usaha sbb rezeki Allah tu luas. Mungkin awk jauh dr suami sbb tu down. Cuba cari kwn baru atau join group ttc ke atau cari hobi supaya xsunyi sbb ttc ni kne happy2. Sy doakan semua ibu yg ttc ada rezeki anak soleh nti amin

Baca lagi

Allahuakhbar, sesungguhnya Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambaNya. Awak mesti orang yg kuat kan? Semoga Allah kurniakan segalanya yg baik2 untuk awak didunia & akhirat. Saya juga baru kehilangan anak 6 bulan lepas, berpantang tanpa anak. Apa2 pun, kita hanya ada diri kita sendiri. Saya doakan awak kuat & semoga dikurniakan rezeki anak lagi nanti 🤲🏼

Baca lagi

Waalaikumussalam.. semoga awak terus kuat ya.. Saya doakan awak tabah dan redha atas ujian ini. Kita sama-sama berpantang. Cerita saya…Setelah 8 tahun kawin, Allah rezekikan ada baby dalam kandungan, cumanya berlaku keguguran pada 26/1 yang lepas, usia kandungan 19m4h. Saya pun tengah usaha untuk redha. Semoga awak terus kuat ya ❤️

Baca lagi

sy pn prnh alami mcm awk alami ..3x kguguran,bkn suami xde d sisi .tp suami sibuk dgn kj.. 1st ggur ms tu bru pndah,sume hl umh sy uruskn,2nd n 3rd gugur die sibuk jg,sy sndiri g cek kt klnik,sbb ms tu mcm xsdp ht..g scan thu2 bby dh stop..yg ke3 kne admit, smoga sis kuat,jgn pkir bkn²..jg n kwal emosi sbaiknya..

Baca lagi

Allahuakbar semoga awak terus kuat. Sekiranya takda rezeki di dunia, InsyaAllah tiga org cahaya mata awak telah menunggu mommy dia di pintu syurga. Awak jgn bersedih sgt ya.. Allah sayang awak sgt, dia simpan yg terbaik utk awak. Semoga awak diberi ketenangan hati. InsyaAllah..

moga Allah SWT kuatkan semangat awak.. Allah SWT pilih awak skg Sb Dia tau awak kuat. mgkin Allah SWT tgh siapkan rezeki baru yg lbh baik. sabar ye. kita semua ade dlm ni UTK saling support

Sabar banyak2 mommy.. insyaallah pasti ada rezeki anak utk mommy suatu hari nnti. Sy recommend kan utk baca ayat2 doa utk rahim selain dr rawatan hospital . Byk dkat google mommy boleh cari

besarnya dugaan awak.. sebenarnya awak kuat utk hadapinya.. 3 anak awak dah menunggu awak di pintu syurga.. semoga dipermudahkan urusan awk aminn

Wsalam.. *hugs* Takpe puan.. luahkan je.. kalau luahkan kat sini buatkan puan rasa tenang at least sikit, luahkan je..