Lantak lah nak buat apa
Nak sangat letak garam dalam bubur baby? Ha letak lah. Letak biar berselera sikit budak tu. Tak selera sebab bubur tawar kan. Orang lain jaga buah pinggang anak, awak nak bagi beban. Nak sangat bagi pakai walker dan jumper? Buat la. Nak sangat dia berjalan sebelum cukup umur kan. Peduli apa postur badan ke patah ke bengkok ke accident ke apa.. Apa? Next baby nak full formula milk? Sila bancuh sendiri. Mak dia nak tido lena. Sila basuh botol sendiri. Botol pun beli sendiri. Orang semua berebut nak breastfeeding awak nak bagi formula milk. Orang lain kemain support bini masing-masing menyusu badan, awak sibuk nak full formula. Tak sangka sangat payah nak dapatkan support dari suami tercinta. Sia-sia saya study kalau suami jenis taknak support. Lantak la. Penat lah macam ni. Kalau jadi apa-apa sila lah berjaga malam dan jaga dia sebab mama dia nak balik kampung tidur nyenyak. Nak bini educated tapi bila bini tunjuk bini tu educated, sibuk nak melawan pulak. Mohon jangan kecam. Saya dah cakap baik-baik dengan suami tapi dia macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Saya dah suarakan ketakutan saya tapi semua tu macam tak valid bagi dia.