Keguguran kali - 3

Assalamualaikum hari ni hari ke 6 saya berpantang dah 2 hari ni saya start murung sangat, saya cuba nak lawan berzikir tapi badan saya lemah. Saya sedih sebab berjauhan dengan suami dan dia sibuk kerja dan bila suami tak ada saya lepas kan dekat dia dari telefon tapi saya bersyukur sbab suami tak ambil hati dan saya rasa sangat bersalah. saya rasa sunyi sebab ramai dengan hal masing-masing dan tak ada tempat nak mengadu. Kehilangan yang ke-3 terasa sangat yang membuat kan saya tertekan. Selepas hari d&c saya , saya cuba kawal emosi saya dan saya redha. Lepastu semangat sangat nak mencuba lagi dan atur baik-baik dan berpantang tapi hari demi hari saya makin down dan terasa mcm rezeki mendapat anak tu memang tak kan dapat pada saya. Di sini saja tempat yang ssaya dapat lepaskan sebab selalu dapag support dari orang yang saya tak kenal. Saya cuma nak luah kan sebab saya pun takut kaalau saya kemurungan teruk.

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Allahuakhbar, sesungguhnya Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambaNya. Awak mesti orang yg kuat kan? Semoga Allah kurniakan segalanya yg baik2 untuk awak didunia & akhirat. Saya juga baru kehilangan anak 6 bulan lepas, berpantang tanpa anak. Apa2 pun, kita hanya ada diri kita sendiri. Saya doakan awak kuat & semoga dikurniakan rezeki anak lagi nanti 🤲🏼

Baca lagi