Hamil tapi kosong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saya ibu 31tahun dan mempunyai anak 2orang, anak saya yg kecil berumur 6tahun. Saya pernah ada sejarah keguguran tahun lepas dan kini hamil semula.. Saya last datang haid 9/11/21, bulan 12 saya tidak dtg terus haid dan saya buat upt 12/12/21 samar² , esokkan saya test pulak 13/12/21 samar² juga dan 19/12/21 saya test pulak terang double line saya senyum sampai ke telinga.. Sy pon rujuk ke doktor scan tidak nampak lansun dan doktor bagi tarikh 2mggu lagi untuk scan balik. Masuk tahun baru lebih pada tarikh 2mggu smalam 14/1/22 saya sedar di seluar dalam saya ada tompok coklat. Hari ni 15/1/22 saya pon rujuk klinik doktor lain dan scan dalam kantung saya kosong.. Saya rasa terkejut sngt.. Doktor bagi pulak tempoh 1mggu lagi. Soalan 1. Saya bingung adakah saya ada harapan lagi atau tidak? Penantian suami saya penuh harapan.. 2. Adakah saya kene cuci atau tgu keguran semula jadi?