Berikan kata kata semangat 😊

Assalammualaikum. Saya sedih kadang kadang terlepas pandang pada anak saya. Saya ibu yg bekerja balik kerja settlekan hal rumah. Basuh baju. Kemas apa yg patut. Waktu malam mesti terlepas pandang beri susu pada anak. 3hari ni 5jam sekali bagi susu pada anak. Ikutkan 2 - 3jam sekali beri susu pada anak. Anak saya pun tk nangis untuk minta susu. Tapi kena beri 2-3jam sekali. Saya mungkin penat sangat. Dh set alarm pun saya bangun tpi tertidur juga. Suami bekerja malam sahaja. Anak masuk 3bulan minum susu 4ounz setiap 3jam sekali waktu siang . Cuma malam last dia minum pukol 10malam 4ounz lepastu masuk waktu tidur. Walaupun saya dh set jam 3jam sekali tapi masih 5jam sekali saya tersedar untk beri dia susu. Anak pun tk meragam waktu malam. Waktu saya belum start kerja memang 3jam sekali beri dia susu walaupun dia tengah lema. Sejak dh bekerja penat di tempat kerja. Buat kerja rumah selepas balik kerja. Kesian anak 5jam sekali baru minum sejak 2 3 harini. Pernah ke ibu ibu mengalami keadaan seperti saya 😊

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jgn buat semua sekaligus, puan. puan ada priority lain yg jauh lebih penting. anak kena membesar dgn nutrisi cukup. kesian dia kalau sbb puan nak setel baju kemas rumah tgk dapur tu sampai puan tertidur tak sedar & lambat bg dia susu. nanti lama2 dia akan develop feeling yg dia di ignore. baby ni pandai sebenarnya. better susun jadual dgn suami, suami siang kt rumah, minta dia basuhkan baju vakum2 rumah sikit. so mlm puan tgk baby sahaja. baby tak boleh tidur lewat ya puan. elok 8-9pm dah masuk tidur. utk tumbesaran dia mmg perlu tidur byk. utk set alarm tu, letak tiap 5 minit sekali. so tiap kali bunyi puan akan bangun juga sbb letih nak matikan alarm satu2 kan. harap ok la cadangan sy ni. maaf kalau ada kurang2 sana sini. sy doakan moga dipermudahkan

Baca lagi
1y ago

Okay thankyou sis atas nasihat.

hi awak. saya seorang mommy yg berkerja. dan sy pjj dgn husband dr masa pregnant lg. kebanyakkan sy handle sendiri. igt anak tu lagi utama dr kerja2 rumah. mcm sy, if sy larat then sy buat benda tu. husband pon ckp mcm tu. baju basuh then kalau larat lipat sy lipat. kalau hujung mggu baru buat. yg penting anak sy, sy settle dulu. mlm nk susu pon mmg sy akn usaha bangun utk bg dia minum susu. if awak tnya sy. sekarang usia dia setahun 9bulan. mlm still bangun minum susu. sy akn bgun utk bg dia minum susu. atau pon cara sy buat siap2 susu dia nk minum then nnt dia jga dia akn cri botol susu tu. sbb sy dh tahu bila time baby akn minta susu. then kalau husband balik totally baby husband handle dia bg sy rest

Baca lagi
1y ago

it okay sis. kita semua buka perfek kita belajar okay. kalau tanya sy pon. sy bukan perfek. ada je benda kita terlepas pandang. lepas ni awak cuba elakkan okay. igt kita manusia. mana sempat kita buat kita buat. xbuat bukan bermakna kita mls awak. yg penting baby kita dulu okay. risau baby awak dehydrated sbb baby awak masih bergantung dgn susu lagi. awak pon take care okay❤️💪

betul la tu. bila anak dh makin membesar,waktu tido malam hari makin lama. mcm baby sy nk masuk 5bln. mlm sblm tdo kdg² menyusu,kdg x. ikut mood. pastu jam 4/5pagi menyusu. sambung tdo,sampai 8pagi. dia dh tak sekerap waktu newborn dh menyusu tu. lg pon sy menyusu badan. tp bab kerja rumah tu,tak kan tiap hari nk bsuh baju. sy dlu bkje jgk,basuh baju seminggu sekali je. tiap2 hari jenuh la. dh la p kje awal pagi,bergelap lg. sampai rumah pon dh maghrib. masak lg. mau tak penat. kalau robot pon boleh rosak. ni kan kita manusia over do kerja. buat berpada.. at least tak semak mata mandang

Baca lagi

Yg housewife ni pun Penat jgk puan. Lagi2 Kalau handle Anak sorang setahun, sorang 2bulan sorang2. Anak saya pun minum 4oz gap 3jam kadang 4jam. Tapi bila saya tanya nurse Kira ok lagi. Last Anak saya minum pukul 11@12 Malam. Nnty pukul 3pagi then 7 Pagi. So far Anak tak dehydrates lagi. Sbb waktu tido mlm Dia pun da start lama. Mana yg puan tak mampu nak buat tu, puan tglkan la dlu. Baju2 tu buat 2x smgu. Since suami puan keje Malam, Cuba puan suruh suami basuh Baju sblum Dia g keje, Pagi Esok puan sidai je. masak Bila husband ada skli. Ada husband cuti, awak rehat la tido.

Baca lagi
TapFluencer

Yang surirumah tapi pjj pun alami je sebab dah penat sangat. As long cukup susu diberi, so takde dehydrated

jgn buat semua..buat mana yg mampu