doakan sy cepat kawin (maaf lari tajuk)

assalam mommy2 smua..sy ibu tunggal blum kwin tpi dh trlanjur dn ada anak luar nikah..sy nk kwin dngn ayah ank nie tpi mak ayah tk bgi..sy dn dia tngh brusaha utk pjuk mak ayah sy..kami mmng nk sngt brkwin..doakn sy ye mummies 🥺

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh fikir cara rasional. sometimes parent tak izinkan sebab diaorg tak yakin lelaki itu boleh bawa, dan tanggung u dan anak2 nanti. mebi dari segi soal kewangan, pekerjaan tak tetap, pendidikan, asas agama, etc jadi, pendapat i sebagai seorang parent.. i pun takkan bagi kahwin sekiranya i nampak apa yg tak kena pada seseorang tu. biarpun anak dah terlanjur, dah berbuat salah. tapi takkan nak biarkan anak terus terperangkap dalam dunia mcm tu. contoh, anak sudah terlanjur dengan seorang penagih dadah. takkan nak kahwinkan juga? alasan sudah berubah tak ambil dadah lagi. tp adakah sudah dibuktikan dia benar2 berubah? dia dah jalani hidup sihat, dah kerja tetap, solatnya dah cukup etc. sebab ramai penagih berbalik jadi penagih semula. so, pada i.. better u duduk dan bincang elok2. kenapa dan apa alasan ur parent tak setuju. yg penting ketika itu, fikiran u kena rasional dan jangan ikutkan perasaan. itu yg penting. kalau solat istikarah pun tak jadi sebab hati dah suka pada dia pun tak boleh. solat istikarah ni.. hati kena benar2 berserah pada Allah. barulah nampak. tak semestinya petunjuk dalam mimpi. mebi u dengar perbualan dari orang lain memuji2 si dia. atau u pernah nampak dia berbuat baik atau terbaca sesuatu mengenai dia dll. u kena tahu, tak semua parent suka akan kehancuran anaknya. marah2 parent pun tetap sayang kat anak dia. so, u better cari masa dan peluang. duduk bincang elok2.

Baca lagi
2y ago

setuju sgt.. lega sgt sbb dlu parents bff sy xbagi dia khwin dgn lelaki tu.. anak tu dh diserahkan keluarga angkat..skrg bff sy dh ada kerjaya dia yg bagus.. anak tu pun dpt keluarga yg bagus .. syukur

TapFluencer

Sebelum nikah tu, isikan diri dgn ilmu pernikahan, suami isteri, tanggujawab bersama, tanggujawab terhadap anak. Ada sebab ibu bapa tak izinkan tu dan memang ambil masa nak bagi ibu bapa terima. Kukuhkan ilmu sebagai ibu bapa, kukuhkan ekonomi masing-masing. Matang. Laki tu sediakan tempat tinggal untuk bakal keluarganya. Yg penting puan dan bakal suami taubat nasuha atas keterlanjuran dahulu dan puan didik anak dgn didikan agama, adab dan akhlak. Doa banyak, istighfar, mudahan Allah permudahkan urusan puan. Lagi satu didik diri puan boleh berdikari jaga anak tanpa bantuan ibu bapa. Jadi ibu bapa nampak puan ok sebagai seorang ibu. 💪💪💪

Baca lagi

Sis DOA bnyk2 supaya hati ibu Dan ayah sis lembut Untuk terima bakal suami sis...mak Dan ayah ni kdg² dia risau takut dah kawen nti anak dia xterjaga Dan terabai..mgkn Kesah terlanjur sis Tu yg membuatkan mak ayah sis xnk terima bakal suami sis...tapi sis kena yakin Kan mak ayah sis kena ckp elok²..ckp jugak dgn bakal suami sis yg dia akan bertggjwb sepenuhnya atas sis Dan anak..sy doakan sis Dan bakal suami dipermudahkan segala urusan ye...

Baca lagi
2y ago

alhamdulillah dah 9 tahun dah dengan orang yg sama,syaa kahwin umur 16tahun suami umur 17tahun,alam.perkahwinan ni kena banyak lalui,doa semoga ibu bapa sis bukak hati,bakal suami kena bukti dia boleh jaga awak,bkn suka2 jaa..

ibu tunggal maknanya ada ank utk perkahwinan lepas lah kan? mcm mna dgn ank? terjaga ke x? cukup x keperluan? mesti ada sbb knpa parents tak bagi. klau sy pun mmg sy xizin. bila ada laki sentuh ank sy sblum ada ikatan sah, tu maknanya dia ingkar dgn Allah swt. dgn pencipta pun dia ingkar, so paham2 je la.. semoga dipermudahkan

Baca lagi

moga dipermudahkan. bakal suami pun kena ada effort utk yakinkan ibu ayah anda. kalau nampak mcm sambil lewa tu yg mak ayah berat hati. kahwin bukan perkara main2. lg2 dah ada anak ni. komitmen, tgungjawab amatlah besar. cuba tanya mak ayah kenapa dorang tak bg awk khwin dgn dia. lepas dah tahu kenapa, cari solusi.

Baca lagi
2y ago

baik sis..tq atas nasihat dan doanya ☺️

If mmg sis yakin dia jodoh sis dn stelah buat solat taubat dn istikarah. Teruskan prkhwinan scara sah..pasal kdua org tua tu, pihak agama akan call untk brbincng knpa x bagi khwin. Kalau xnk bgi juga, mngkin sis akan d wali hakim. Tp ayah sis mngkin dikenakan undng2 syariah.

TapFluencer

sis sabar byyk doa minta kepada allah supaya lembut kan hati ibu bapa pakwe sis sye doakan ibu bapa pakwe sis blh terima sis jadi anak menantunye baikk untuk keluarga yg sayang sis satu hari nanti insyallah

Dah bgtau ke adik tgh pregnant..?semntara pujuk2 ibubapa,adik jgn lupa serah diri d klinik kesihatan yaa. Semoga ibubpa adik nmpk buku pink itu..lembut la hati mereka.Semoga urusan adik d permudahkan..

2y ago

oo..mngkin ibubapa adik sgt trkjut, kecewa ats apa y berlalu..takpe pujuk ibubpa adik prlahan2, lma2 ibubapa adik akn trima jga..adik kna sabar.Semoga urusan adik di permudahkan..

Cube pujuk mak ayah dan yakin kan dieorg dengan keputusan yg awak buat. InshaAllah hati mak ayah tu akan lembut. Saye doakn yg terbaik utk awak

Klu ayah bby okay, awak pertahankan lah… klu dia cuma melepas batuk ditangga, better awak kuatkan hati besarkan baby aja sis ku.