Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital

'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai dr. Sy baru 9w2d. Sejak2 ni sy asyik berfikir dan rasa takut. Adakah seseorang yg ada penyakit vaginismus boleh bersalin normal? Sy takut trauma dan akan menyebabkan vaginismus tu dtg semula. Atau perlu minta czer semasa bersalin nanti?

5y ago

Hi, maaf kami terlepas pandang soalan Puan. Puan boleh cuba untuk bersalin secara normal tetapi saya galakkan Puan ambil epidural supaya lebih selesa dan tidak terlalu trauma. Apa-apa pun, Puan perlu berbincang dengan O&G Puan ya?