Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.
I have a history of depression and insomnia, what medications can I safely take when I get pregnant? e.g I can't sleep without 25mg of seroquel and 10mg of melatonin
Diapers atau kain lampin yg lebih bagus utk newborn baby.. Sekira nya menggunakan kain lampin, sehingga umur bayi berapa / bilakah newborn sesuai gunakan diapers?
Ikut Puan masa lebih mudah. Kalau larat basuh, apa salahnya. Pakai buang kan lebih mudah. Kalau Puan risau bayi akan kena alahan sebab lampin atau lampin pakai buang, boleh berjumpa pakar kanak-kanak.
Hi doctor. Saya sekarang trimester 3 dan mood saya betul betul sangat low. Adakah sebab saya rasa begini? Tak ada apa apa yang different dalam day to day saya ni.
Biasalah trimester ni Puan dah banyak berfikir dan risau. Dari proses kelahiran, siapa nak jaga bayi, bila nak mula bekerja semula, kadang-kadang dah rancang tentang kewangan, dan lain-lain. Banyak faktor sebenarnya. Tapi saya cadangkan Puan buat perancangan awal dengan suami Puan sebaiknya. Barulah boleh melahirkan bayi dengan tenang.
macam mana saya nak kawal stress dan mood saya yang selalu tak menentu ye? kadang tu kesian jugak dengan suami sebab kena melayan saya.... hmmm....
Kena cari jalan untuk relax. Boleh cuba breathing techniques, ambil angin di luar rumah dan cubalah light yoga. Memang tugas suami Puan yang nak melayan, haha! Apa penting KERJASAMA ya?
Boleh ke waktu pregnant Amalkan diet? Kalau boleh makanan apa yang sesuai dn boleh tambah susu? Bila pregnant saya kuat makan..
Sebaiknya jangan diet, cuma perlu maintain pemakanan seimbang. Maintain active lifestyle, boleh buat low-impact exercise dan banyakkan berjalan. Untuk tambah susu badan, puan perlu kerapkan penyusuan secara eksklusif dan banyakkan minum air.
Benarkah mood swings ni disebabkan bukan sahaja hormon, juga kerana rasa mual dan bau yang kurang enak? Jika ya, apa patut ibu hamil buat?
Ya betul, Puan. Mual dan muntah tu akan berkurangan selepas 14 minggu. Sekiranya berterusan, sila rujuk dengan doktor Puan.
terima kasih banyak doktor menjawab pertanyaan sy. baik selepas ni sy akan merujuk pakar kaunseling.. seterusnya akn buat scan 4D
sya seorang ibu yg obesiti...nk tnya lh pada usia kndungan ke keberapa bru kite dpt rasa bby kick...skrg sya dh 20mnggu...
By right, sekarang Puan dah boleh rasa tendangan bayi, tak kiralah Puan mengalami obesiti atau tidak.
salam doktor. saya sekarang hamil 22minggu dan saya seorg diabetis dan ambil insulin 14/16/16/22 blh ke saya berpuasa doktor?
terima kasih doktor
assalam dr. anak Saya berumur 3 bulan. menyusu susu fm..masalah sekarang dia Tak membuang dh masuk 3 Hari dh arini...
Sebaiknya Puan hanya beri susu badan secara eksklusif selama 6 bulan pertama. Jangan campur makanan lain atau susu formula. Jangan bagi air kosong juga kerana usus bayi belum bersedia untuk mencerna makanan lain selain susu ibu. Sekiranya bayi belum boleh buang air, sila bawa berjumpa doktor kanak-kanak segera.
The first private hospital in Malaysia to be accredited by WHO as a Baby-Friendly Hospital