Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung mendapat cyst atau fibroid namun ia jarang bagi bakal ibu mengetahuinya mereka mempunyainya ketika hamil. Tidak mustahil untuk mereka mendapat penyakit ini kerana ia bukan perkara luar biasa. Persoalannya, sejauh mana keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan jika adanya 2 penyakit ini? Tanya soalan anda tentang gejala cyst dan fibroid ketika hamil dan bagaimana untuk merawatnya bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang, pada 2 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1. Sepanjang pembacaan saya, sekiranga fibroid terlalu besar, kandungan ibu terpaksa dioperate. Brp cm kah saiz fibroid yg dikatakan besar dan mengganggu untuk bersalin normal? 2. Adakah sangat berisiko untuk ibu/bayi di dalam kandungan sekirang fibroid itu berada berhampiran dengan plasenta? 3. Untuk mengelakkan fibroid membesar, kita mestilah makan makanan yg seimbang dan sihat. Boleh doktor explain detail makanan apa yg dimaksudkan? Apa jenis makanan yg kena makan banyak dan jenis makanan yg kena kurangkan atau tak boleh ambil langsung? 4. Fibroid ketika hamil dikatakan kerana si ibu punyai hormon estrogen yg banyak. Adakah setelah ibu bersalin, fibroid si ibu akan semakin bertambah banyak atau makin membesar? 5. Apakah rawatan susulan kepada ibu setelah selamat melahirkan tentang fibroid masih berada pada ibu? Sekiranya kena operate fibroid tu, berapa lamakah tempoh untuk dioperate setelah melahirkan samada czer atau normal? 6. Fibroid juga dikatakan memberikan masalah sembelit. Bagaimanakah cara pesakit fibroid untuk elakkan sembelit, terutama ketika mengandung? Tq doktor. Semoga doktor dapat menyelesaikan soalan2 saya ini.

Baca lagi
2y ago

Kita tidak akan operate ketika mengandung- hanya selepas mengandung. sewaktu operaton caesarean juga kami tidak akan buang fibroid kerana risiko tinggi pendarahan- kecuali amat perlu ie bukaan yang dibuat di rahim tidak dapat ditutup sebab dihalang oleh fibroid- maka ia akan dibuang. Tidak akan dibuang dalam situasi lain. bukan semua fibroid mengakibatkan sembelit- hanya yang besar dibelakang rahim yang menekan keatas usus besar akan akibatkan sembelit. Ibu hamil yang mengambil supplement boleh mengalami sembelit. Increase makanan serat tinggi dan air untuk kurangkan sembelit sewaktu mengandung.

Expert

Fbroid dan cyst adalah dua entiti berbeza. Satu berasal dari rahim dan satu lagi biasanya dari ovary ( cyst ). Ramai wanita mungkin ada fibroid tetapi tidak mengetahuinya kerana ia mungkin kecil dan tidak mengakibatkan apa2 masalah. Simtom bergantung kepada kedudukan fibroid dan saiz. Cyst pula, ada yang mungkin kecut sendiri dan ada yang tidak akan mengecut. Ia juga berisiko kanser, bergantung kepada jenis cyst. Saya ada mengulas mengenai cyst dan fibroid di IG saya jika Puan2 sekalian ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik ini.

Baca lagi

hai dokter..sebelum sy mengandung laluan servik untuk pintu rahim sangt kecil..dan sy boleh mengandung apabila masuk 38minggu ...laluan pakar sah kan hanya 1 titik..dan sy hanya bleh bersalin secara czer...bila ditanya tiada sakit dan tidak merbahaya..pada 2020 sy telah buat ujian kancer tapi tidak menunjukan tanda..lepas bersalin diaorg sarankan dan beri surat untuk jumpa pakar dia ampang...adakh lepas bertambah ia akan bertambah atau berkurangan..? dan process rawatan apa dilakuan untuk set mentaly saya...sebb ada sedikit takut dlm hal ni..

Baca lagi
2y ago

Ok. Laluan sempit adalah sebab struktur tulang pinggul. Sebaiknya rujuk Pakar untuk penjelasan. Ada cara untuk tentukan samada memang sempit atau tidak.

1.Adakah fibroid sebesar 4cm x 3cm mmbahayakan kandungan? 2.Bolehkah fibroid mengecil dan mengecut? Ada ubat khusus ke? 3. Perlukah si ibu memikirkan sangat / ambil peduli tentang fibroid atau boleh elakkan untuk berfikir bagi elakkan stress? 4.Contoh pemakanan terbaik bg elakkan fibroid mmbesar?

Baca lagi
2y ago

Welcome 🙏🏻

hai doktor...masa saya pregnant hari tu..saya mempunyai cyst...tàpi sekarang anak dah 8bulan dan tiada sebarang followup cyst...saya bersalin secara czer...adakah saya perlu membuat followup cyst atau cyst ni boleh hilang selepas bersalin...terima kasih

2y ago

Hi Pn. Ia bergantung kepada jenis cyst. Kebiasaannya corpus luteum cyst akan hilang. Cyst jenis lain seperti dermoid , endometrioma tidak akan hilang. Saya syorkan buat follow up, just to be sure.

Masa kandungan 29 weeks, Sy kena buat operation buang Bartholin Cyst. masih trauma bila teringat.. mohon doakan Sy & baby baik2 smpi hari melahirkan nanti...

2y ago

Buang Bartholin cyst

TapFluencer

Salam Sejahtera Dr Sudha, 1. Apakah kesan fibroid terhadap kandungan? 2. Apa beza fibroid dan cyst secara mendalam? Terima kasih ✌🏻

Baca lagi
2y ago

Hii Pn. ia amat bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid tersebut- ia boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang, sakit yang kuat, kedudukan bayi tidak stabil atau songsang. 2. Fibroid berlaku pada lapisan rahim ( ada 3 lapisan ) dan kandungannya adalah fiber otot ( smooth muscle). Cyst pula biasanya berlaku dibahagian ovary/ kilang telur dan kandungannya berbeza - air, darah, lemak/sebum/ rambut ( dermoid cyst), kandungan padu yang mungkin kanser. Saya ada buat video di IG untuk rujukan, jika Pn sudi.

Adakah cyst menyebabkan keguguran? saya mengalami keguguran 7 minggu.... scan ada cyst 2cm

2y ago

Hi Pn. Kebarangkalian cyst itu mengakibatkan keguguran Pn adalah rendah. Saiznya juga sangat kecil. Jika corpus luteum cyst dibuang, maka ia mungkin boleh mengakibatkan keguguran.

okay baik Doctor.Terima kasih di atas penjelasan.;)..

apakah jalan penyelesaian fibroid doktor

2y ago

Hi Pn. ia amat bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid tersebut dan samada ia mengakibatkan apa2 simptom kepada pesakit. Jika kecil dan tiada masalah, Monitor 4-6 bulan sekali dengan pakar. Jika besar atau mengakibatkan simptom seperti pendarahan haid yang banyak, senggugut yang teruk, kerap kencing, sembelit etc, maka ia perlu dibuang.