Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital

'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doctor, sepanjang saya mengandung saya selalu stress disebabkan suami lebih pentingkan main game.. saya selalu ditinggalkan keseorangan di rumah kerana suami keluar main game.. saya ada tegur tapi dia buat tak endah je.. perlu ke saya cerita kpd adik beradik suami supaya diorang dapat tegur sikap suami saya tu?

Baca lagi
5y ago

Berapa umur suami Puan ni? Masih main game! Tapi tak apa, cuba bincang baik-baik dan buat apa yang Puan rasa paling sesuai yang boleh diterima oleh suami. Cabaran hamil ni macam-macam. Sabar ya?