Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital

'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalam dr. aqmar.. Saya nak tnya skrg sy dh masuk 6 bulan.. normal ke kalau sy selalu Rasa stress dan cepat sedih.. kadang2 tu rasa murung ja mcm nk berkurung dlm bilik ja.. bnyk faktor yg membuatkan sy Jdi mcmtu.. adakah sy patut jumpa kaunseling.. atau Hanya pendam perasaan sy.. seterusnya.. utk 21 weeks ni, boleh ke sy scan 5D untuk tahu jantina bayi.. tq doktor

Baca lagi
4y ago

Sebenarnya normal sebab perubahan hormon. Sebaiknya Puan jumpa kaunselor dan jangan pendamkan. Untuk 21 minggu ni, 3D atau 4D scan dah cukup.