Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital

'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

macam mana nak manage dengan kerja office yg overload dan uruskan rumahtangga, dengan keadaan first time pregnant, sebenarnya usia dah dewasa, already 27th this year... walaupun I'm ready to be mama, tapi perasaan stress dan risau tetap ada...how to overcome?

5y ago

sebaiknya puan merancang di mana tumpuan Puan terhadap isu yang lebih utama. Sebaiknya cuba berbincang dengan majikan. Kadang-kadang doktor Puan juga boleh tuliskan surat sokongan. Setiap pengalaman hamil tu berbeza. Mungkin Puan stres dalam bab ni. Orang lain stres benda lain. Apa-apa pun, sebaiknya Puan duduk berbincang dengan semua pihak berkenaan. Husband's support is also important.