Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital

'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Diapers atau kain lampin yg lebih bagus utk newborn baby.. Sekira nya menggunakan kain lampin, sehingga umur bayi berapa / bilakah newborn sesuai gunakan diapers?

5y ago

Ikut Puan masa lebih mudah. Kalau larat basuh, apa salahnya. Pakai buang kan lebih mudah. Kalau Puan risau bayi akan kena alahan sebab lampin atau lampin pakai buang, boleh berjumpa pakar kanak-kanak.