Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital

'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
49 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya selalu mudah sangat rasa nak menangis sejak pregnant ni. kadang tu takde punca. haisshhh apa patot saya buat?

4y ago

ni biasa je... ibu hamil memang sensitive sikit... manja pun ada... saya pun mcm tu juga... tapi suami saya lah control emosi saya... hihihi...

VIP Member

Hi Dr Aqmar - if a mum is very stressed in her pregnancy (with anxiety attacks), how does this affect the unborn baby?

4y ago

If you are feeling very stressed, it can affect your baby's growth and increase risk of premature birth.

untuk bayi yg sulung, lampin pakai buang yang macam mana untuk dibeli sedangkan saiz ukuran bayi tidak diketahui

4y ago

Jangan risau, boleh beli size kecil atau newborn. Agak-agak saja. Jangan beli peket besar dulu ya?

Adakah normal bagi saya enggan untuk bersama suami semasa hamil kerana saya takut ia memberi kesan kepada bayi?

4y ago

Ya normal tetapi sebenarnya selamat kecuali ada komplikasi kehamilan. Contohnya uri di bawah atau kita panggil placenta praevia yang boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal. Mungkin juga berkaitan dengan hormon semasa kehamilan dan sejauh mana Puan berasa letih.

Bagaimana saya nak kawal rasa anxiety untuk sambut bayi baru? Takutlah kalau saya jadi mak yang tak bagus

4y ago

Sebaiknya Puan rancang betul-betul proses kelahiran dan sokongan selepas bersalin contohnya hadirkan diri ke kelas antenatal, banyakkan pembacaan, cari confinement lady yang boleh bantu dan banyak lagi. Jangan risau! All will be okay?

Is it normal for my emotions to be extra crazy? I feel like it’s all over the place sometimes!

4y ago

Yes, it is all expected with the elevation of the pregnancy hormones which generally multiplies to the level of millions during pregnancy.

Hi macam mana nak kawal emosi waktu pregnant? Is it okay if i just cry cause nothing i can do

4y ago

Don't worry, most of the time, crying helps but it'll be great if you can talk to someone. Sebab benda ni betul-betul can make a difference.

Sejak pregnant ni kan, saya mcm kuat marah lah. Kenapa ya? Macam mana nak tenangkan diri?

4y ago

Itu semua hormon, Puan. Jangan risau. Cuba cari jalan untuk relax. Buat aktiviti riadah ringan-ringan di luar rumah. Sabar ya? Hamil ni memang macam-macam pengalamannya.

Bagaimana untuk jaga emosi ketika hamil? Bagaimana jika saya terlalu stress kerana kerja?

4y ago

Puan perlu rancangan kehamilan dan pekerjaan sewajarnya. Cuba berbincang dengan majikan. Doktor juga boleh berikan surat sokongan sekiranya perlu. Dalam masa yang sama, Puan boleh berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan.

saya mengandung anak first..normal ke rse sesak nafas kadang2? tapi saya x de asma