Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital
'Apakah kesan sampingan jika saya tidak dapat mengawal emosi ataupun stres sewaktu kehamilan? Adakah ubat penenang selamat untuk ibu hamil dalam mengawal emosi ataupun stres? Siapakah yang patut saya jumpa/luahkan jika saya mengalami stres sewaktu hamil? Adakah emosi tidak stabil sewaktu trimester ketiga kehamilan suatu perkara yang biasa?' Tanya segala persoalan anda berkaitan dengan pengendalian stres dan emosi sewaktu hamil secara terus kepada pakar kami daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Aqmar Suraya Sulaiman, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) pada 7 April 2021, Rabu, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang persoalan diluar daripada waktu serta topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak akan dijawab.
sakit pinggang sampai taknnak bangun langsung.. lepas tu pula sesak nafas..
dlu hamil anak 1 saya okey...ni hamil anak no 2 rasa sakit hingus eggau batuk..
Biasanya kalau begini tahap imuniti Puan rendah. Cuba berbincang dengan doktor ya?
Are there any mood-stabilizing medications I need to be aware of when I am pregnant?
It is not encouraged to take any mood-stabilising medications while you are still pregnant. Please refer to your O&G on this matter.
If I have anxiety, is it possible if I get attacks more frequent during pregnancy?
Yes, it is possible. You will want to speak to your O&G and we will see how best to help you.
Apakah perubahan emosi yang boleh berlaku kepada wanita hamil mengikut trimester?
Trimester pertama selalunya Puan mengalami adjustment period. Ditambah pula dengan rasa mual dan morning sickness. Bila dah masuk trimester kedua, Puan dah mula rasa letih dan lesu. Trimester ketiga ni selalunya Puan dah mula berfikir tentang proses kelahiran, siapa nak tolong jaga baby, bila nak mula bekerja semula dan perancangan kewangan. Sebaiknya, rancang dari awal supaya dapat jangka apa yang bakal berlaku.
Adakah pemakanan yg diambil boleh mempengaruhi emosi oeremouan mengandung?
Comfort food helps! Puan boleh makan coklat atau makanan kegemaran, tapi jangan berlebih-lebih dan tidak ada diabetes.
Bolehkah bayi dalam kandung rasa tertekan jika saya pun rasa tertekan?
Bukan bayi yang akan berasa tertekan apabila Puan rasa tertekan. Tetapi perubahan pada hormon cortisol Puan disebabkan stres boleh mengakibatkan contraction dan kelahiran pra matang.
kira normal lh kan klu sya yg brbdn besar nie lmbat rasa bby kick
Sekiranya Puan sudah tahap 20 minggu ke atas, sewajarnya sudah boleh rasakan tendangan bayi. Kalau puan dah sampai ke minggu ke-20 dan masih belum rasa tendangan, sebaiknya jumpa doktor untuk buat scan ya. Saya doakan yang baik-baik.
Apa si suami perlu buat jika isteri hamil ni lalui mood swing?
Kalau saya, saya minta suami belanja makan aiskrim. Tapi Puan suka buat apa? Apa-apa pun Puan relax, cuba buat benda yang boleh buatkan Puan happy. Jangan risau, ini hormon saja. Insya-Allah, esok-esok okay lah.
Saya ingin hamil lagi setiap kali mencuba tak pernah berjaya.
Sekiranya Puan ingin hamil dan tidak berjaya, sebaiknya Puan jumpa pakar kesuburan.
The first private hospital in Malaysia to be accredited by WHO as a Baby-Friendly Hospital