Luahan Seorang Ibu ?

Apa perasaan korang bila kakak ipar selalu ambil kesempatan susu kan baby korang? Depan mata n tanpa minta izin? Hmm sedangkan susu korang cukup untuk susu kan baby. Sumpah hancur hati ni bila tengok semua tu ? sampai jadi fobia nak tinggalkan anak main dengan family in law even nak ke toilet pon terpaksa cepat cepat. Mula mula dulu time pantang rumah ibu, dia pernah dtg melawat n time tu pon I kat toilet tengah mandi. Habis mandi kantoi anak dia cakap yg mommy dia bagi tetek kat baby. Time tu hati berkecai taktahu nak kata ? dia dengan muka tak bsalah kata bagi sikit je. And kalini jadi lagiii ! Kita punya lah nak jaga hati husb ngan family in law yang asek tanya bila nak tidur rumah mak mertua. ( sebab dekat sangat ) so kita gagah juga lah plan tidur seminggu kat sini. Last Last benda ni jadi ? dia jadi seronok pula pantang tinggalkan anak je dia mulalah nak susu kan bila baby merengek sikit. Sedangkan kita ada ja kat depan dia. And makkk mertua pon ada je! Tapi mertua pon diam je tengok anak dia susukan baby I. Hm tak fikir ke perasaan kita ni kat depan dia? Dengan takda minta izin apa. Hmmm kita sebagai adik ipar tak nak lah tegur sebab takut terasa hati atau masam muka. Tapi sampai bila? ? Yaallah kita dah sampai nangis nangis cerita kat husb. Husb nak cakap kat kakak dia tapi kita yang tak bagi ? risau sangat nanti family il cakap kita ni apape ?

24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis, suami sy pernah tau terpikir mcm ni. Huhu. Kakak ipar sy dh byk kali kegugurn. N kakak ipar sy mmg nak sgt2 anak. Belum ada rzki mreka lg. N sy bru pregnnt 21w ank frst. 1 hari tu tetiba keluar soalan mcm ni dri mulut suami. Suami tnya sy, mcm mna kalau kakak dia nk mnyusu bby sy nnti. Sy ckp dkt suami, xtprnh trpikir plk soalan mcm ni. 😅 sy ckp merepek je. Xkan la kn. N sy ckp dkt suami, kalau btl2 trjadi, mmg sy xkan bagi pnya lah. Suami kata, dia xnk pikir pelik. Dia just risau tkut bnda mcm ni jadi. sb kakak dia mmg nak sgt2 ank. Siap suruh ank sy pnggil dia ibu nnti ank sy dh lahir. Tapi xsangka sis mengalami situasi mcm ni. Allah huhu. Semoga sis kuat nk brterus terng dgn kakak ipar sis tu 💪🏻kalau sy pun mmg xsuka. Ank kita kut huhu. Xkn nk bagi org mnyusu kn humm

Baca lagi

Yang terbaik adalah berterus terang yg awak tak selesa walaupun tak ada salahnya kak ipar tu nk susukan baby awk..cuma cara dia salah sbb xmintak izin..biarkan suami bercakap dn jelaskan..andai kata niat dia nak jadi ibu susuan sekalipun pada baby awk sepatutnya dia perlu minta izin dn berbincang dahulu..Jangan pendam lama2 kerana nnt hati jadi terus xselesa dn akan membuatkan diri awk jauh dr keluarga belah suami..Nyatakan aja dgn baik apa yg mengganggu awk dgn tindakan kakak suami awk tu.. Yg peliknya kakak suami tu masih ada susu badan dn punya baby yg masih menyusu ke? Kenapa dia xsusukan ank sendiri sj?

Baca lagi

Mostly ramai sruh terus terang sbb awk mtk pendpt tp bila bg pendpt manjang jwpn awk tksmpt hati tksmp hati.. mcm mano dorg nk tlg sis.. mmg la tksmp hati takot jd gaduh tp smp bila nk jaga hati org hti sndiri sakit.. kalau bengkak susu awk n suami gk susah.. just slow talk bkn mtk bergaduh sis.. ckap elok².. ckp akk tkperlu la susukn sbb sy byk sgt susu tkot nanti bengkak susu kalau anak dh knyg mnm susu akk.. kalau pum nanti membazir plak tkde siapa nk minum.. dia nk ckp blkg?? ikot la jnji kita dh tegur.. bila awk n suami diam kn means setuju dgn apa dia buat.. please tu anak sis kot, tegakkn keadilan sis..

Baca lagi

sis slow talk dgn dia .. ckap elok2 .. x salah pon kita nak tegur .. sbb tu hak kita .. gtau dia elok2 .. x perlu nak marah2 .. luah semua apa kita rasa supaya dia tau apa rasa kita .. kalau x gtau , dia ingt kita ok je .. cakap baik2 .. last skali gtau dia jgn terasa hati ..sis bgtau sbb tu hak sis dan anak tu anak sis .. gtau mcmtu ..

Baca lagi
VIP Member

Kalau sis tak suka, bagitau je lah dekat kakak ipar . Macam saya, saya rasa salah kakak ipar sis tak minta izin je. Susu kan tu tak salah pun. Lagi senang bila anak kita jadi anak susukan kakak atau kakak ipar kita. Nnti senang, soal aurar bagai. Anak kita takde lah nak kena pakai tudung bagai dalam rumah depan cousin dia.

Baca lagi
Super Mum

Hayyyyy.. Kalau dpat ipar cmne, jdi gila kita dbuatnya.. main suka2 hati lgi plk tu bagi susu sma anak org.. bairpun abak buah dia.. kalau saya lh, syaa ckp sndiri dpan muka dia xperlu bgi anak sya mnyusu sma dia.. sbab aku ade.. org jenis mcm ni xpndai faham lhh.. baik terus terang.. kalau x.. mnjadi2

Baca lagi
2y ago

Hm ikutkan hati nak terus terang tapi taktahu cara nak kasi tau supaya takda yang terasa hati n jadi pergaduhan masam muka 😔

Apa hak dia buat macam tu. Biar je suami bg tahu. Bkn sbb nk hubungan keluarga bergaduh. Tp cuba awak fikir. Kalau dia asyik bg. Apa hukum ank awak dgn dia. Tak ke macam ibu susuan. Ank dia dah jadi adk bradk ank awak sndri. Kena terus terang. Jgn dah pendam. Tu anak awak.

2y ago

Betul, saya setuju. Kena tegas sebab tu anak kita. Apa2 pun tanggungjawab kita untuk jaga. Dan ipar patut tahu dia dah buat salah. Biarlah cakap belakang pun. Jangan nanti anak dah besar dia ungkit plak pernah susukan anak kita.

Memang kena bagitahu you SIL. Sebab kalau u tak bagitahu, dia akan buat lagi and you sedih lagi. No point sampai bila kan? Maybe dia bagi sebab dia tengok you macam tak kisah je. Biarlah dia nak tarik muka ke terasa ke. Itu anak you. Bukan anak dia.

Kelaka nyaaa ada jugak orang terhegeh nak susukan anak orang, da kenapeee 😂 takfaham. Nnt cakap je, "kak, susu saya banyak lagi ni. Cukup untuk anak saya tu. Akak janganlah susukan dia, susu sy siapa nak minum kalau bukan baby sy"

Bagi saya, biarkan je husband bgtau kakak dia tapi dgn cara berhemah. Elak tinggalkan baby utk tak bagi peluang kakak ipar awak ambik kesempatan dan sentiasa pastikan baby kenyang supaya dia x menyusu dgn kakak ipar awak

2y ago

Hm suami saya kalau bercakap dengan adik beradik dia kadang kasar. Jadi saya tak nak nanti jadi pergaduhan antara mereka 😔 sedangkan mak dia pon okay je kakak dia susukan baby saya. Saya tak nak nanti sekali ngan mak mertua bergaduh dengan suami 😔 saya tak sampai hati