Kerajaan VS Swasta

Apa beza check up klinik kerajaan dengan klinik swasta?? Betul ke kalau check up klinik swasta nanti nak bersalin kat kerajaan ke apa-apa masalah klinik kerajaan tak nak layan?

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Beza nyaa cuma kos. Kalau check swasta lepastu nak bersalin kerajaan, puan kena sedia maklum nanti caj & bil semasa bersalin & wad tu ikut rate swasta.. Satu lagi, bukan tak dilayan kalau check swasta niy, puan kena pilih klinik yang betul utk monthly checkup tu. Kadang ada yang sekadar check 'kosong' je.. ada details2 penting yang pihak hospital nak tgok masa bersalin nanti tapi dah kalau tgok buku punn kosong atau tak complete atau tak ikut format ditetapkan, susahlah. Contoh mcm ada sesetengah klinik swasta ni kalau dah bagi appointment utk apa2 test penting (minum air gula) then patient tak dtg, ada sesetengah klinik tu buat tak kisah je tau Takde pun call utk remind ke suggest tukar date ke, just cakap "okayy2 then takpe" tapi air gula nyaa tak minum pun smpai sudah. Tiba2 masa nak dekat bersalin, admit ward sbb baby besar due to gdm ke.. Haa kesian staff dkt hsptl yg kena menjawab, bukan staff klinik swasta tu. #taksemuaprivatetau #kenasurveydulu

Baca lagi
3y ago

Boleh share klinik swasta yg okay tak sis

Begini sis. Sy dr awal mengandung check up kat Swasta. Masuk bulan 7 detect ada fibroid dan kemungkinan utk bersalin baby prem. Terus refer pergi hospital kerajaan kerana kalau baby prem lahir memang dia org tak de supporting equipment dan Swasta tak nak ambil risiko. Dengan referral letter pergi hospital kerajaan tapi kena bayar ikut costing outpatient kerana takde buku pink. So I pergi kk dan buat buku pink dgn rekod follow up Swasta. Since dah ada buku pink skrg blh pilih nak bersalin kat Swasta or kerajaan. Kalau takde buku pink susah kalau apa2 kes kerajaan nak terima kecuali hospital Swasta refer dan bagi surat.

Baca lagi

Akak 3 ank sblum ni checkup kat swasta smp nak bsalin.tak pernah pergi kk..bsalin pun semua kat gov alhamdulilah takde plak nurse kat hpital ckp pape.skrg ni pregy 8 bulan ank ke4 mula2 buka buku pun kat swasta sbb ada darah tinggi and gdm so kena refer kat kk..first time lah ni checkup kat kk ..Alhamdulillah semua ok nurse kat kk pun baik2šŸ„°

Baca lagi
3y ago

kalau check swasta bersalin gov, ada nurse datang check kita selepas bersalin tak?

VIP Member

Bezanya swasta boleh checkup anytime masa kite free. Cuma standby duit la utk checkup, scan semua. Saya checkup swasta dulu dan buku pink diterima je kat hospital kerajaan. Saya bsalin masa tu di Hosp Sg. Buloh. Xde ape masalah pun janji buku tu lengkap and doc boleh refer

4y ago

Hai sis, buku pink tu sis buat kat klinik swasta ke ? Mana mana klinik pun bole ya?

Sy checkup kt kerajaan shj. Stiap bln cek mcm biasa, hb, urin, bert semua di Klinik Desa. Tpi bila masuk 20w,28w,32w baru merasa scan bby kt Poliklinik. Sbb xde mslah apa2. Cme kalo kes yg berisiko tu mmg slalu la doc akn refer ke doc @ pakar utk scan bby.

X betul..kalau check up swasta ikut waktu jam brapa kita free..tapi kalau kk ikut waktu kk bg..n xdak mslh pun buka buku kt swasta nak besalin dekat gov.janji ada buku check up lengkap sudah tiap bulan..

Saya fully checkup swasta. Huhu. Nurse kkia bgtahu takda masalah if nak checkup swasta. Bersalin kerajaan. Janji ada rekod kesihatan ibu dan bayi yg lengkap.

VIP Member

checkup kerajaan dh ckp bgs sis so far.. swasta plak klu jiran sy kate, kdg tu mcm chk ala kadar je.. maybe xsume tp kerajaan pd sy dh mmg t'baek..

VIP Member

klinik kerajaan lagi detail masa check up. saya dulu tukar dr kerajaan ke swasta, masa bersalin kat hospital gov takde masalah. layan macam biasa

Swasta sedia duit jela..hehe..sy checkup dua2.. Overall smua ok..xda beza pn..blh je nk bersalin kt hospital kerajaan w.pn checkup swasta