Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya ada bayi umur 10 bulan, berat 7.8kg tinggi 71 cm. Sekarang susah nk makan.. Perlukah sy mengambil appeton untuk naikkan selera makan anak saya?

5y ago

Puan boleh memulakan anak dengan multivitamin untuk memastikan anak tidak mengalami kekurangan vitamin. Tetapi, adalah sangat penting untuk mempraktikkan cara pemakanan yang betul dan positif. Sekiranya anak puan masih tidak berminat untuk makan, saya cadangkan untuk berjumpa dengan pakar pemakanan (dietitian). Masalah pemakanan harus ditangani pada umur yang muda untuk memastikan tumbesaran badan yang elok.