Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi Dr....normal ke kalau baby berusia 2 bulan...lepas je minum susu Fm or susu badan...mesti muak smula susu tu...walaupun sudah sedawa kan dia..

5y ago

Hi puan. Baby yang berumur 6 bulan ke bawah mempunyai otot telan yang lebih lemah. Selepas minum, jangan baringkan anak sehingga 20-30 minit kemudian. Puan juga boleh cuba memberi baby minum lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang lebih rendah. Sekiranya baby masih senang muak dan berat badan tidak memuaskan, sila berjumpa dengan doktor.