anak lambat bercakap
anak saya lelaki, nak masuk 1 tahun 6 bulan tapi cuma boleh sebut perkataan bye,kokok (ayam) meow (kucing). papa dan mama belum lagi pandai. saya ajar tapi dia langsung xnak ikut. anak awak semua umur berapa dah pandai bercakap?

bercakap je dgn dia hari2....pkai bahasa yang betul macam apa tu, tu ayam, tolong mama, papa pergi kerja, ambil tu, open/buka, letak situ/atas/ bawah,..... jgn ckp bhsa alien dgn ank...anak akn copy apa kita cakap...bila dia bersedia mesti akn tiba2 pandai cakap...banyakkan ajak bermain.. bacakan buku sambil perkenalkan haiwan... tengok tv pon boleh macam ms rachel.. tp kawal masa menonton tu...anak saya boleh bahasa isyarat, faham bhsa ingris, pandai minta maaf, tau bunyi2 haiwan dan aktif menyanyi menari hasil tengok ms rachel sahaja.. bahasa melayu saya akan ajar dari aktiviti harian kita sendiri... macam jom (buat tangan isyarat jom) kita ma...kan (buat isyarat tangan di mulut) buah pi..sang! nah aumm nyamm nyamm (bagi pd anak)... dia akan copy.. walaupun x tunjuk respon apa2..asalkn dia pandang kita dh cukup...buat lagu atau moment bg dia ketawa sambil belajar lg bagus... pendapat saya je...skrg ank setahun 6 memang naik je bulan tiba2 akan pandai serta merta tanpa ajar sebab dalam aktiviti harian dah belajar banyak... gambar tu aktiviti kenal haiwan, kenal dgn sentuhan, kenal bunyi, sebut perkataan Ayam, buat bunyi ayam dan beri haiwan makan...
Baca lagi


