Aku penat...

Aku tak nak nangis lagi dah... Aku penat... Derhaka sangat ke aku sebagai isteri kau yang sedang mengandungkan anak kau ni? Apa yang aku luah,semua kau tunding balik jari kt aku... Aku dah cukup tawar hati dan sekarang aku dah mati rasa... Aku dah tak rasa apa-apa bila kau ajak bersama.... Aku tak rasa apa-apa bila kau peluk cium aku... Kenapa aku rasa macam tu? Aku mengadu sakit dan lelah,kau marah aku... Kau kata aku lemah,sengaja tak nak kuatkn diri... Alasannya kerana aku hanya duduk di rumah,kau bekerja dari siang sampai ke malam..bila balik,kau penat.. bila aku mengadu sakit lelah kau anggap aku menambah penat kau... Kalau bukan sbb aku sayang kan kau,cinta kan kau,aku izinkan rahim aku ditumpangi anak kau.. kalau bayi dalam rahim aku ni takde,aku pun bole cari duit sendiri lah,aku takkan susahkan kau ! Sakit2 badan ni semua muncul sebab anak kau lah! Penghuni rahim aku yang pertama...yang sekarang menunggu hari untuk dilahirkan... Ibu tak marahkan awak,sayang.. tapi,sikap ayah awak buat ibu stress.. sikap ayah awak buatkan ibu rse awak adalah beban,bukan kegembiraan yang patut diraikan.. Maafkan ibu, Ayah awak berubah...dulu ayah awak tak macam ni... Sebab tu ibu pilih dia sebagai suami dan ayah untuk anak2 ibu nanti.... 🙂

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis tidak sendirian. suami mcm ni bersepah2. saya masih igt saya menangis mengadu nasib kt kwn saya. penat sbb kena kerja dan jaga anak. tp itulah last saya menangis mengeluh sbb penat jd ibu. dari anak pertama hingga nak masuk 4. saya nak anak ramai sbb sy dari keluarga kecil. sama je perangai suami. sejenis perfect dpn org. tp mcm hanat dgn kita. sy x peduli. dia lebih sibukkan checkup ibu dia dari isteri dia yg da nak masuk 3rd trim ni, mcm la adk beradik dia yg lain da mati. tp sy malas amik port. lantak la dia. Allah bg saya anak. Allah bagi saya rezeki. Allah bagi sy kekuatan. Anak ni kurniaan paling hebat dari suami. Sbb suami tu bila2 je bole tinggalkan. sis jgn sedih2. Nikmati hidup dgn anak. nikmati hidup sis. cari bahagia sis. kalau dia x layan u..abaikanlah dia. jgn lepaskan stress pada anak. dan jgn stresssss selalu. Allah ada kan. Semoga sis kuat.

Baca lagi