Aku penat...

Aku tak nak nangis lagi dah... Aku penat... Derhaka sangat ke aku sebagai isteri kau yang sedang mengandungkan anak kau ni? Apa yang aku luah,semua kau tunding balik jari kt aku... Aku dah cukup tawar hati dan sekarang aku dah mati rasa... Aku dah tak rasa apa-apa bila kau ajak bersama.... Aku tak rasa apa-apa bila kau peluk cium aku... Kenapa aku rasa macam tu? Aku mengadu sakit dan lelah,kau marah aku... Kau kata aku lemah,sengaja tak nak kuatkn diri... Alasannya kerana aku hanya duduk di rumah,kau bekerja dari siang sampai ke malam..bila balik,kau penat.. bila aku mengadu sakit lelah kau anggap aku menambah penat kau... Kalau bukan sbb aku sayang kan kau,cinta kan kau,aku izinkan rahim aku ditumpangi anak kau.. kalau bayi dalam rahim aku ni takde,aku pun bole cari duit sendiri lah,aku takkan susahkan kau ! Sakit2 badan ni semua muncul sebab anak kau lah! Penghuni rahim aku yang pertama...yang sekarang menunggu hari untuk dilahirkan... Ibu tak marahkan awak,sayang.. tapi,sikap ayah awak buat ibu stress.. sikap ayah awak buatkan ibu rse awak adalah beban,bukan kegembiraan yang patut diraikan.. Maafkan ibu, Ayah awak berubah...dulu ayah awak tak macam ni... Sebab tu ibu pilih dia sebagai suami dan ayah untuk anak2 ibu nanti.... 🙂

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham perasaan tu sebab saya pon lalui benda sama. Mesti rasa down dan kecewa sangat2 kan .Situasi saya pula, biasanya Saya hari2 masak utk sarapan, lunch dan dinner. Setiap pagi akan buat bekal untuk suami pegi kerja. Ada hari tu saya sakit rahim. Lama rasa sakit tu. Masa nak masak waktu petang baru rasa so saya tak masak dan ajak suami ke klinik malam tu. Bila scan baby tak berkembang normal. Balik klinik tu tetiba suami marah sebab tak masak dan pesan kalau tau keadaan kesihatan tak menentu lain kali masak awal. Dia siap sebut dia PERINTAH kan saya untuk masak setiap hari. No matter what happens dia nak makanan ada pagi, tghari dan malam. Dah la sedih baby tak okay, waktu yang sama juga kena marah sebab tak masak. Padahal itu baru first saya tak masak sebab sakit. Kecewa tu tayah cakap la.. ekceli Saya tak bersedia nak ada anak lagi tapi suami beriya nak anak, bila dah mengandung tak dihargainya pula.. Apa pun Saya doakan suami puan diberi kefahaman dan sentiasa sayang dan jaga puan dengan baik. Aamenn 🌹

Baca lagi