Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM

Adakah parents risau melihat anak anda tidak bermaya dan selalu lemah? Adakah anak anda berkemungkinan boleh menghidap Anemia atau mungkin kekurangan zat besi dalam badan? Jika ya, pastikan anda ikuti dan turut serta dalam Sesi Tanya Pakar kami pada 1 Disember 2021, hari Rabu jam 3 petang bersama dengan Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM untuk bertanya terus kepada pakar kami tentang permasalahan anda. *NOTA : Sebarang pertanyaan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya ada satu soalan doktor. boleh ke penyakit anemia diwarisi dari ibu ke anak?

4y ago

Bergantung kepada jenis anaemia yang dihidapi ibu - jika anaemia ibu disebabkan penyakit keturunan seperti pembawa thalassemia, anak mempunyai risiko mendapat penyakit yang sama.