Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
Adakah parents risau melihat anak anda tidak bermaya dan selalu lemah? Adakah anak anda berkemungkinan boleh menghidap Anemia atau mungkin kekurangan zat besi dalam badan? Jika ya, pastikan anda ikuti dan turut serta dalam Sesi Tanya Pakar kami pada 1 Disember 2021, hari Rabu jam 3 petang bersama dengan Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM untuk bertanya terus kepada pakar kami tentang permasalahan anda. *NOTA : Sebarang pertanyaan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.
Hello doc, jika anak saya terkena anemia bagaimana untuk merawatnyanya? Ada home remedies yang boleh diamalkan ke? Ataupun terus berjumpa dengan doktor/pakar?
Bagaimana untuk merawat anemia? Adakah rawatan ini akan menyebabkan perkembangan anak terbantut? Adakah dia tidak dapat jadi aktif seperti kanak kanak lain?
Hi , seikiranya anda sedang mencari formula yang sesuai untuk anak anda,Dugro Iron Aktif mengandungi gabungan unik paras besi dan vit C tertinggi, dwi protein dan 21 vitamin & mineral. Pengambilan nutrisi yang baik (dari susu dan semua kumpulan makanan lain) memastikan asas yang lebih kukuh untuk imuniti/pertahanan badan. Pek Dugro juga tinggi dengan vitamin dan mineral seperti Vitamin A, C, E D, besi & zink iaitu nutrien utama yang memainkan peranan penting untuk imuniti.PL
Doktor, berapa banyak iron yang diperlukan oleh anak saya dalam diet pemakanan hariannya? Adakah terdapat anggaran atau jumlah yang ditetapkan?
Dugro Iron Aktif mengandungi gabungan unik paras besi dan vit C tertinggi, dwi protein dan 21 vitamin & mineral. Pengambilan nutrisi yang baik (dari susu dan semua kumpulan makanan lain) memastikan asas yang lebih kukuh untuk imuniti/pertahanan badan. Pek Dugro juga tinggi dengan vitamin dan mineral seperti Vitamin A, C, E D, besi & zink iaitu nutrien utama yang memainkan peranan penting untuk imuniti.
Hi Dr. My son start being fussy with food. I worry he’s not getting enough nutrients. How can I supplement his nutritional intake?
High iron content foods coupled with intake of foods containing vitamin C would ensure adequate iron levels. As for him being fussy, does he have other symptoms that might suggest a foods allergy such as rashes, or diarrhea after a certain food intake?
Assalamualaikum Dr. Mohd Azri, Apakah akan berlaku jika ada antara anak menghidapi anemia? adakah akan menyumbang kpd penyakit lain?
Waalaikumsalam. Jika anak menghidapi anaemia, ia boleh menyumbang kepada masalah-masalah lain seperti mudah mendapat jagkitan, memberi kesan kepada fungsi kognitif dan mengganggu pembesaran anak.
How much iron does my child need for their daily intake and are there any easy ways to have them take it. Working mum here 😁
Hi Elisha. For children between 1-3years old, the daily iron requirement is around 7mg/day and for those between 4-8years old, the requirement is around 10mg/day. Apart from iron rich foods, another easy way is to take iron fortified milk, with some preparations containing as much as 2.4mg to 2.7mg of iron per cup/glass.
Hi Dr Azri. Adakah kita boleh menghalang anak anak kita daripada menghidap Anemia? Bagaimana untuk membantu anak anak ini?
Soalan yang sangat bagus. Untuk mencegah anak dari menghidapi anaemia, perlu mengamalkan pemberian makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi berserta pemberian makanan mengandungi vitamin C bagi meningkatkan penyerapan zat besi di usus. Juga perlu mengelakkan pemberian makanan / minuman yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi di usus sepert teh atau kopi.
Sekiranya saya jangka anak saya menghidap anemia, bagaimana saya nak terangkan kepadanya agar dia memahami keadaan diri?
Bergantung kepada jenis anaemia. Sekiranya anaemia disebabkan kekurangan zat besi, tuan/puan boleh menerangkan kepada si anak mengapa perlu mengambil makanan tertentu (tinggi zat besi seperti daging / susu fortified) untuk mengurangkan rasa letih dan membantu pembesaran beliau.
Hi Dr Kalau anak Vegetarian dan kurang makan Sayur.Adakah risiko anemia tinggi? Perlu ke suplemen dengan multivitamin?
Hi Shanayaa Sri. Perlu lihat jika beliau ada juga mengambil makanan yang mengandungi zat besi, contohnya tauhu, bijirin diperkaya zat besi (cth oat), kacang kuda atau susu diperkaya zat besi. Pada masa yang sama, untuk meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan heme (spt sayuran) boleh mengambil sekali makanan yang kaya dengan vitamin C - seperti buah oren. Juga perlu elakkan pengambilan bahan yang mengurangkan penyerapan zat besi, seperti teh atau kopi (ya, malangnya ada ibu bapa yang memberi teh dan kopi kepada anak kecil).
slm dr sy nk tnya klu rhim kita terblik risiko ggur tggi ke.. sy dh 3kli ggur.. dktr hospitl kata xdea mslh ap2..
ini dh luar topik kot