Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.

Adakah parents bercadang untuk berpantang sendiri? Atau sedang mengambil kira untuk mengupah Confinement Lady (CL) selama beberapa hari? Atau ada yang masih lagi menggunakan khidmat bidan di kampung untuk berpantang? Mana satu sebenarnya yang lebih selamat? Mana satu pilihan yang patut dibuat? Jom sertai & tanya segala persoalan anda mengenai persiapan berpantang dengan Sesi Tanya Pakar kami bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement pada 27 April 2021, Selasa jam 12 tengah hari di aplikasi theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan di luar masa & topik mungkin akan dipadam atau tidak akan dijawab oleh pakar kami.

Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.
49 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy pregnant 19weeks awal kehamilan saya sudah ada masalah darah RPR..sy sudah ambik suntikkan 3kli berturut2..dan nti sy kena ambik lg darah..soalan sy,adakah klu betul2 ikut prosedur dokter saran kn baby dan sy tidak akan terjadi apa2..dan selama tempoh sy ikut terapi nie mmg tidak boleh ke melakukan hubungan seks dengan suami ?

Baca lagi
4y ago

Hi Mummy, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan kelamin kerana jangkitan kelamin akan menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan diri sendiri ataupun bayi. Suami juga disarankan untuk membuat ujian darah.

hai doktor.. Saya nak tnya adakah normal sekiranya sy masih mengalami kencing xlawas walaupun telah mengambil ubat antibiotic ikut arahan doktor.. dan sekarang usia kandungan telah mencecah 27 minggu.. sy selalu berasa sakit pinggang belakang.. Dan perut sy selalu Rasa bergerak2 yg kerap..

saya berpantang hari ke 10 nurse check ade gaping dkt tempat yg digunting. hari ni dah hari ke 27 berpantang, dkt tempat gaping tu masih tak rapat ada tak ubat yg boleh cpt rapat kab gaping atau tumbuh kan daging .. yg ke-2 nak tanya normal ke sampai sekarang keluar lendir putih mcm keputihan...

4y ago

Hi mummy, anda harus rujuk semula kepada Pakar Obstetrik & Ginekologi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Pastikan anda maklumkan bau, warna, kekerapan keputihan tersebut kepada pakar anda. Amalkan tahap kebersihan yang maksima untuk mengelakkan jangkitan kuman di luka. Anda juga boleh buat Sitz Bath untuk menjaga kebersihan luka jahitan.

Assalamualaikum haii. Nak tanya cara berpantang dengan betul. Sebelum ni saya scan doctor. dan doctor kata Rahim saya kembang. macam mana nak kecutkan rahim. semasa berpantang hanya sekejap jer bertungku. Dan berurut 3 hari sahaja. ( berpantang tanpa baby - gugur 3 bulan)

4y ago

Hi Mummy, anda boleh berjumpa dengan Obstetrik & Ginekologi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

Hi.. 1)Baby saya dah masuk 23hari macam mana nak hilangkan kuningnya?dah guna banyak cara baby saya tetap masih nampak kuningnya. 2)Saya first time bersalin czer macam mana nak pulihkan luka/keringkan luka saya? 3)Hari keberapa bertungku kalau bersalin czer?

Baca lagi
4y ago

Hi Mummy, 1) Anda dinasihatkan untuk menyusu bayi anda dengan kerap supaya bayi anda boleh sentiasa membuang. Bilirubin dalam darah baby ni akan diproses oleh hati dan dikeluarkan melalui kencing dan berak. 2) Untuk pulihkan luka, anda perlu memastikan kawasan luka bersih, 'Dap' kawasan luka sehingga kering setiap kali selepas mandi atau berpeluh, elakkan daripada menyapu sebarang ubat tradisional, jika terdapat lipatan kulit pastikan kawasan luka tidak basah atau lembap. 3) Dinasihatkan untuk memulakan tungku selepas12 hari. Bergantung pada luka pembedahan c-section. Kalau luka masih belum sembuh dalam tempoh tu, anda boleh tungku di bahagian lain tanpa tungku pada perut dan bahagian luka.

hye saya nak tanya, anak saya 1 tahun 7 bulan. kalau menangis susah nak berhenti, suka buat pusingan , jarang bermain permainan , tak minat pada mainan , Masih takboleh bercakap walau sepatah , adakah ini tanda awal autisme?

4y ago

Hi Mummy, anda boleh berjumpa dengan Pakar Pediatrik untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

hi..sy pregnant 8week. dah scan dan doktor cakap kembar 2 kantung.. baru 8 minggu tp sy rasa belakang sangat sakit,pinggang sakit,duduk x selesa,baring x selesa,rasa sesak sangat..apakah itu normal?

4y ago

Hi Mummy, anda boleh berjumpa dengan Obstetrik & Ginekologi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

TapFluencer

Hi Miss, 1. Apakah makanan yang sebenarnya tidak boleh diambil ketika anak mengalami jaundice? 2. Adakah penganbilan jamu tertentu mampu untuk mempercepatkan pengeluaran darah si ibu selepas melahirkan?

4y ago

Tq Miss

I am going to give birth soon and have been told that I cannot wash my hair during confinement. Is there any other way around this? I don't think I can last more than 3 days without washing my hair.

4y ago

No evidence said cannot wash hair. Hygiene and cleanliness are important during confinement.

VIP Member

sya nak tahu last sya branak 5 tahun lalu tapi kitaran haid sya sekarang ni mula2 keluar warna coklat,smpy sya igt sya mengandung tp lepas satu hari baru darah byk keluar.kenapa ye?

4y ago

those rHi Mummy, anda boleh berjumpa dengan Obstetrik & Ginekologi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.