Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.

Adakah parents bercadang untuk berpantang sendiri? Atau sedang mengambil kira untuk mengupah Confinement Lady (CL) selama beberapa hari? Atau ada yang masih lagi menggunakan khidmat bidan di kampung untuk berpantang? Mana satu sebenarnya yang lebih selamat? Mana satu pilihan yang patut dibuat? Jom sertai & tanya segala persoalan anda mengenai persiapan berpantang dengan Sesi Tanya Pakar kami bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement pada 27 April 2021, Selasa jam 12 tengah hari di aplikasi theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan di luar masa & topik mungkin akan dipadam atau tidak akan dijawab oleh pakar kami.

Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi.. 1)Baby saya dah masuk 23hari macam mana nak hilangkan kuningnya?dah guna banyak cara baby saya tetap masih nampak kuningnya. 2)Saya first time bersalin czer macam mana nak pulihkan luka/keringkan luka saya? 3)Hari keberapa bertungku kalau bersalin czer?

Baca lagi
5y ago

Hi Mummy, 1) Anda dinasihatkan untuk menyusu bayi anda dengan kerap supaya bayi anda boleh sentiasa membuang. Bilirubin dalam darah baby ni akan diproses oleh hati dan dikeluarkan melalui kencing dan berak. 2) Untuk pulihkan luka, anda perlu memastikan kawasan luka bersih, 'Dap' kawasan luka sehingga kering setiap kali selepas mandi atau berpeluh, elakkan daripada menyapu sebarang ubat tradisional, jika terdapat lipatan kulit pastikan kawasan luka tidak basah atau lembap. 3) Dinasihatkan untuk memulakan tungku selepas12 hari. Bergantung pada luka pembedahan c-section. Kalau luka masih belum sembuh dalam tempoh tu, anda boleh tungku di bahagian lain tanpa tungku pada perut dan bahagian luka.