Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hi Dr Sai Sudha dan selamat sejahtera🌹 soalan saya , 1. jika kita penah ada endometriosis stage 4 adakah kebarangkalian boleh dapat kanser ovari atau kanser rahim? 2. selain daripada buat chckup untuk mengetahui kita ada kanser adakah cara lain kita boleh tahu yang kita ada kanser? adakah ia akan tunjuk@mengalami apa2 simptom tertentu? itu sahaja soalan dari saya dan saya dahului dengan ucapan Terima kasih doktor have a nice day😉🌹

Baca lagi
4y ago

Hi. 1. Risiko cancer adalah sama dengan populasi yang tiada endometriosis. Tetapi bagi mereka yang ade Endometriosis, jika mendapat cancer ovary, jenis Clear cell atau Endometriod adalah lebih common. 2. Pendarahan period yang terlalu banyak - tidak seperti biasa, pendarahan selepas bersetubuh, perut kembung yang significant, lelehan dari faraj yang mengandungi darah / nanah , rasa ketulan dalam perut , susut berat badan dan kurang selera makan etc issue nye ialah, kebiasaannya, apabila kita mengalami simptom2 ini, mungkin sudah tahap advance.