Saringan Bayi Baru Lahir (Wajib)

Setiap bayi yang baru lahir di mana-mana fasiliti kesihatan akan menjalani pemeriksaan untuk memastikan bayi tersebut sihat. Saringan bayi baru lahir ini meliputi pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah dan beberapa pemeriksaan yang spesifik. Saringan ini penting untuk memastikan bayi tersebut sihat dan tidak mempunyai penyakit-penyakit tertentu. Sesetengah penyakit yang merbahaya di kalangan bayi dan kanak-kanak tidak akan menunjukkan sebarang gejala / tanda-tanda di peringkat awal. Sebaik sahaja bayi dilahirkan pemeriksaan fizikal yang rapi akan dilakukan untuk memastikan bayi tidak mempunyai apa-apa kecacatan yang ketara. Ini termasuk juga memeriksa pantulan cahaya pada mata dan pemeriksaan kuning Selain itu ujian darah daripada tali pusat juga dilakukan untuk memeriksa penyakit seperti kekurangan enzim G6PD dan kekurangan hormon tiroid. Pada masa kini, kebanyakan hospital juga melakukan saringan pendengaran dan saringan penyakit jantung kongenital. Pemeriksaan Fizikal Saringan pemeriksaan fizikal yang rapi dilakukan kepada bayi sejurus selapas dilahirkan atau sebelum discaj daripada wad bersalin. Keputusan pemeriksaan fizikal ini direkodkan kedalam buku RKK Sebelum discaj daripada wad, bayi juga akan diperiksa untuk memastikan tiada jaundis Pemeriksaan Darah Pada masa kini, ujian darah tali pusat dilakukan untuk memeriksa penyakit seperti kekurangan enzim G6PD dan kekurangan hormon tiroid. Kedua-dua ujian darah tali pusat ini dilakukan semasa kelahiran bayi dan keputusan akan di rekodkan ke dalam buku RKK a. Kekurangan enzim G6PD b. Kekurangan hormon tiroid (Congenital Hypothyroidism) Pemeriksaan spesifik Pada masa kini, kebanyakan hospital juga melakukan saringan pendengaran dan saringan penyakit jantung kongenital. a. Saringan pendengaran b. Saringan penyakit jantung kongenital Saringan penyakit jantung kongenital dilakukan kepada bayi baru lahir melalui pemeriksaan kandungan oksigen dalam darah menggunakan alat oksimeter.

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!