PUASA BOLEH DIGANTI, NYAWA CUMA SEKALI

Perkongsian daripada Dr Erna Nadia. Masa bertugas di klinik kesihatan dulu, saya pernah dapat kes di mana bayi di dalam kandungan meninggal. ‘Doktor, doktor boleh tolong scan tak? Saya dah periksa guna daptone dekat 10 kali dah, tapi tetap tak dapat juga bunyi jantung baby.’ Saya pun terus scan. Benda pertama yang akan dilihat masa scan antenatal adalah jantung bayi. Tengok berdegup atau tidak. Untuk kes ini, saya letak je probe scan, jantung dia kaku. Tiada sebarang pergerakan. ‘Allahu’ detik dalam hati. Benda macam ni lah paling tak suka sekali. Saya panggil seorang kawan untuk pastikan apa yang saya lihat tu betul. Kawan saya scan 2-3 kali, masih kaku di situ☹️ Pesakit saya ini sudah masuk trimester ketiga dan dia memang ada kencing manis sewaktu hamil(gestational diabetes mellitus). Bacaan gula dia kadang ok kadang tak ok. Pesakit GDM perlu periksa gula (BSP) dua minggu sekali untuk lihat kawalan gula mereka. Kejadian ini berlaku semasa bulan Ramadhan. Pesakit ini masih juga mahu teruskan berpuasa walaupun sudah dinasihati untuk tidak berpuasa demi kebaikan pada diri sendiri & bayi di dalam kandungan kerana kawalan gulanya yang tidak berapa elok. Risiko paling tak seronok untuk GDM adalah kematian bayi dalam kandungan. Risiko lain adalah perkembangan samada kecik sangat, besar sangat, mendapat kencing manis juga yada yada yada. Ya, puasa memang wajib. Tapi Islam tidak pernah menyusahkan. Ada rukhsah untuk mereka yang uzur termasuklah mereka yang mengandung. Wanita mengandung yang sihat, InshaAllah ok sahaja untuk berpuasa. Yang penting bersahur dan berbuka dengan betul. Tapi, jika ada masalah seperti kurang darah atau kencing manis, seeloknya tidak berpuasa. https://drc.bmj.com/content/5/1/e000470 Risiko yang merisaukan adalah : 1. Hypoglysemia (kandungan gula dalam darah ibu dan bayi menjadi rendah) 2. Penghasilan ketone ( terbentuk akibat penghasilan tenaga yang sangat kurang) 3. Dehidrasi ( untuk ibu dan bayi, bahaya kerana melibatkan organ lain juga seperti buah pinggang) Hukum untuk wanita mengandung yang tidak berpuasa pun dah ada? https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31 Saya tahu ramai ibu yang rasa sayang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ni sebab setahun cuma sekali atau sebab malas nak ganti. Tapi, ingatlah yang kita membawa dua nyawa. Nyawa kita dan bayi. Nyawa adalah amanah. Jika kesannya lebih membawa mudarat, adalah lebih baik elak? Jangan paksa diri. Kerana yang susahnya nanti diri sendiri juga. Jadi, berlapang dada & terimalah keadaan diri ya. Pstt : Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Buya Hamka) Dr. Erna Nadia Bukan senang nak dapat rezeki mengandung kan❤️

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih kerana berkongsi puan 🥰