Tips Bersalin Mudah & Kurang Sakit

Alhamdullillah selamat melahirkan zuriat ke 3 pada 10 hb lepas (betul² baby ikut due date). Masuk wad belum sakit tapi dah keluar tanda dan bukaan 3cm, tengahari. Doc kata takda progress akan di induce. Start tengah malam jam 10 begitu tiba2 sakit makin intense tanpa sempat induce. Nurse cek bukaan dah 6cm. Masuk Labour Room jam 2.10 pagi, bersalin jam 246 pagi. Kurang satu jam Alhamdullillah. Tips yang boleh saya kongsikan untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan bukaan jalan antaranya ; ✅Waktu datang sakit kontraksi, baring mengiring ke kiri. Kekal bertenang. ✅ Amalan makan Kurma sepanjang kehamilan. Memudahkan proses bersalin Insha Allah ✅Kalau taklarat tahan sakit waktu baring, teruskan berjalan² pusing wad selagi belum masuk LR. Ini bantu buka jalan cepat. Sambil kawal nafas. Jalan slow sambil pujuk baby keluar elok² naaaa. ✅Pernafasan sangat penting jaga. Wajib. Waktu datang kontraksi, cuba bertenang. Senyum tau (hormon keluar bantu relaks), sambil tarik nafas dalam² dan lepaskan perlahan². Sangat bantu kurangkan sakit. Walaupun masih sakit, anda boleh kekal statik bertenang, tak menendang² 😂 waktu baring di LR. (pengalaman kalini memang berbeza berbanding anak no 1&2 saya). Alhamdullillah Tabarakallah ✅Sambil sakit dtg, perbanyakkan zikir Nabi Yunus (La Illa Hailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazzolimin) & Surah Al Fath Ayat 1 ( Inna Fatahna Laka Fathan Mubina) ✅Perdengarkan banyak2 dari awal mengandung hingga saat hujung melahirkan, Selawat Masyisyiah (InshaAllah sangat berkat, dan memudahkan) - Saya pasang ini dengar di telinga sepanjang di wad sementara menunggu masuk LR. Hafal lebih bagus. ✅ Tunggu arahan bidan @ doc. Jangan teran terlalu awal. Waktu saya, bidan kata dah boleh teran, baru kita teran cepat². Sekali push habiskan tenaga. Jangan jerit, nangis, atau bising. Buang semua tenaga melalui teran itu. InshaAllah. Selamat melahirkan semua ibu². Alhamdullillah rezeki juga bersalin di Hospital Kajang, staff nurse dan bidan (macam Mak2 sangat) semua sangat baik. Tiada paksa, takda yang kasar. Semoga Allah saja yang membalas segala kebaikan kalian.

Tips Bersalin Mudah & Kurang Sakit
3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Syukur