Tanda HENDAK BERSALIN Dalam MASA TERDEKAT

“Cepatlah decide! Kepala baby nak keluar dah ni!” Masing-masing pandang satu sama lain. Dua orang MA, seorang pemandu ambulans, seorang JM dan seorang midwife. Dapat panggilan dari seorang lelaki mengatakan isterinya dah hampir nak beranak. Mereka berada di tingkat 5. Rumah flat. Cemas taktau bagaimana nak bawa isterinya ke hospital. Terus bergegas ke tempat kejadian dengan semua peralatan. Setiba disana, rupanya suaminya sudah pimpin isterinya turun ke bawah. Sekarang mereka duduk dia atas rumput di tengah-tengah antara 2 blok flat. Isterinya dah tak mampu nak berjalan. Isterinya dah mula meneran. “Ok begini. Kita terpaksa deliver baby disini. Ambil cadar dalam ambulans kita buat empat segi macam bilik. Setiap orang pegang bucu cadar.” JM dan midwife masuk kedalam. Kebetulan ada jiran yang lalu disitu, minta tolong untuk pegang bucu sebab tak cukup tangan. “Uwek,uwek,uwek”, kedengaran tangisan bayi dari dalam. Ibu selamat lahirkan bayi lelaki. Ibu selamat,bayi selamat. Bayi diazankan oleh suami. Lega. Semuanya selamat. Kalau beranak kembar atau ada apa komplikasi memang masak. Memang pengalaman yang sukar dilupakan. Semuanya dipermudahkan. Saya kongsikan tanda-tanda hendak bersalin dalam masa terdekat : ?? Keluarnya show - Keluarnya sesuatu seperti lendir bercampur darah dari faraj. ?? Air ketuban pecah - Sekiranya air ketuban tersebut berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si kecil sudah membuang air besar di dalam kandungan. ?? Kontraksi rahim yang kerap - Kontraksi yang dirasai setiap 10 minit sekali secara konsisten dalam masa sejam ?? Kekerapan membuang air kecil dan rasa nak berak - Bayi sudah mula menekan ke kawasan rangka tulang pelvis #Share info ini pada keluarga terdekat supaya lebih ramai yang tahu tanda-tanda dah nak bersalin. Bimbang tak sempat sampai hospital dah terberanak. Jemput follow saya Ahmad Samhan dan set #SeeFirst untuk belajar lebih banyak info kesihatan selepas ini. Saya juga banyak berkongsi #ILMUMAHAL di channel telegram saya. Ada 32,000 yang join telegram saya. Klik ?? https://t.me/drsamhan Dr. Ahmad Samhan

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tq share 🤗