Kelenjar Tiroid (Thyroid gland) Penting Untuk Tumbesaran Bayi

Tahukah anda, ada kelenjar tiroid di leher yang merembeskan hormon tiroid. Hormon ini penting untuk sistem badan manusia. Terutamanya pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak. Sehinggakan 3 tahun pertama dianggap amat kritikal keperluan hormon tiroid dalam perkembangan otak dan pertumbuhan si kecil. Hampir seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah mengambil inisiatif penting dalam saringan hormon tiroid melalui darah tali pusat (cord TSH) ketika lahir. Saringan ini demi mengesan kemungkinan kekurangan hormon tiroid supaya pemantauan rapi dan rawatan awal dapat dimulakan jika terbukti seorang bayi itu kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism). Dianggarkan satu dalam setiap 2000 - 4000 bayi mengalami masalah ini. Ramai percaya dengan hanya penggantian hormon tiroid melalui pengambilan pil hormon (tiroid), ramai bayi akan dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan, dan serta fungsi otak optimum. Sesungguhnya, rawatan ini mengelakkan gejala kurang hormon seperti terencat perkembangan, lembam, berat badan dan pertumbuhan terjejas, sembelit dan kelak masalah pembelajaran. Ada masanya, kekurangan hormon tiroid dikesan melalui penyiasatan ketika kuning berpanjangan (prolonged jaundice). Secara ilmiah, kelenjar tiroid yang menghasilkan hormon tiroid (T4, T3) ini dikawalatur oleh hormon TSH dari kelenjar pituitari di otak. Secara ringkas, kekurangan hormon tiroid dikesan melalui kadar T4 yang rendah dan TSH yang tinggi. Kekurangan ini berpunca dari masalah kelenjar tiroid - dilahirkan tanpa kelenjar, atau pembentukkan kelenjar tidak sempurna, atau masalah penghasilan hormon. Namun, ada beberapa mekanisme lain yang memungkin kekurangan hormon tiroid seperti masalah kelenjar pituitari atau lainnya (subclinical hypothyroidism etc). Kebiasaannya, pesakit (bayi) yang mengalami kekurangan hormon tiroid ini akan menerima rawatan gantian hormon sehingga umur 3 tahun (demi memastikan perkembangan otak optimum) sebelum percubaan untuk memberhentikan rawatan dijalankan (ada yang lebih awal bergantung keadaan, ada yg perlu rawatan seumur hidup). Dalam pemantauan, ujian darah akan dijalankan secara berkala demi memastikan paras hormon yg optimum. Ada juga bayi yg mengalami masalah terlebih hormon tiroid (hyperthyroidism) dari pelbagai punca. Mungkin dibincangkam di lain nukilan. Anak syurga Down Syndrome juga berisiko masalah tiroid. Ada orang dewasa mengalami masalah tiroid - kurang, lebih, ketumbuhan, bengkak juga. Diet mengandungi iodin seperti garam iodin, seaweed (rumpai laut, acah-acah Korea, Japan) - tak cukup atau keterlaluan lebih iodin boleh beri kesan kepada hormon tiroid Dapatkan nasihat doktor jika ada kebimbangan! Perkongsian daripada Dr Rashdan Mohamed

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!