Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mommy to be ♥
Boleh tak puasa?
Salam mommies. Saya baru je pregnant dalam 4 minggu. Saya nak sangat puasa tp takut kandungan nanti tak ada zat. Saya ada juga search google, ada yang cakap boleh puasa. Ada yang cakap tak boleh, nanti baby tak ada zat sebab masih baru kan. Saya keliru, nak la tahu pendapat mommies. Boleh ke puasa masa awal trimester nie?
Pregnant ke tak?
Hai mommies, lately nie saya selalu sakit belakang, sakit pinggang, selalu krem, cepat letih dan cepat mengantuk. Asyik nak tido je. Jadi, saya cek upt semalam tak ada line naik. Subuh tadi saya cek lagi sebab instinct saya kuat mengatakan saya pregnant. Mula2 tue tak nampak naik satu line, saya tengok lagi lepas 10 minit naik satu line. Tp line dia blur sangat2. Sebab lagi 4 hari saya period, tapi saya akan cek lagi lepas 2 hari. Doakan rezeki saya mommies, saya memang nak tambah anak lagi tahun nie 🤲😍
Berat Bayi Dalam Kandungan
Salam mommies, sekarang saya tengah mengandung 30 minggu. Semalam saya pergi scan di KK, doktor cakap bayi saya dh 1.6kg. Adakah bayi saya berat dia normal ke tak? Tambahan pulak, hb saya menurun sampai 10.8. Risau pulak saya ?
Susu Anmum
Salam mommy, saya sekarang tengah amalkan minum susu anmum. Saya mula minum susu amnum nie sejak awal kehamilan sampai sekarang(28 minggu). Sejak kebelakangan ni, saya asyik cirit birit lepas minum susu anmum ni. Kenapa eh? Boleh tak mommy suggest susu yang sesuai untuk saya? Terima kasih ?
Cecair keluar dari kemaluan
Salam mommies. Saya sekarang mengandung anak pertama dah 21 weeks. Bayi sihat je kt dlm tue, makin aktif sekarang. Saya nak tanya, lepas je saya bersama dengan suami. Tiba-tiba akan ada cecair keluar dari kemaluan saya. Cecair tue warna dia jernih putih dan bau dia pelik je. Pada awal tue saya buat tak peduli, mungkin effect mengandung. Tapi nie tiap kali bersama dengan suami, dia automatik keluar dari kemaluan saya. Saya jadi malas nak layan kehendak suami, tp fikir pulak kalau tak bagi nanti susah pulak. Sekarang saya kena pakai panty liner lepas je bersama dengan suami sebab tak nak cecair tue keluar melekat dekat seluar dalam saya. Apa tue eh? Ke normal masa mengandung? Ke tue keputihan? Saya risau plak ?
Berat badan turun mendadak
Salam mommies, nak tanya normal ke berat badan turn mendadak. Sebelum nikah berat saya 72 kg. Saya nie jenis badan besar. Bila mengandung anak sulong, berat saya 65 kg. Sebab saya langsung tak makan nasi. Nak makan buah pun susah. Memang susah nak makan, sebab asal makan mesti muntah. Ada effect tak untuk baby? Takut saya mommies.
Sembelit
Salam mommy, normal ke sembelit semasa preggy nie? Saya baru pregnant 6 weeks. Memang susah nak berak ke?
Buah Nanas
Salam sis, saya keliru sangat tentang buah nanas. Ada sesetengah orang tue cakap tak boleh makan nanas sepanjang kehamilan. Ada sesetengah orang cakap ,boleh makan tp dalam kuantiti yang sikit dan nanas yang betul² masak. Saya keliru sangat ,boleh sis share pendapat tak? Kenapa tak boleh makan nanas?
Bunting Pelamin
Assalamualaikum. Saya nak tanya pendapat mommies. Saya baru je nikah 3/8/2019. Selepas 2 minggu pernikahan saya, saya tiba-tiba mual, pening kepala dan sakit belakang. Saya beranikan diri buat uji dan sekarang saya tengah mengandung dan belum buat pemeriksaan di klinik. Saya tak nak nanti org fikir saya mengandungkan anak luar nikah sebab terlalu cepat Allah beri rezeki yang tak di sangka. Ada sesetengah orang beranggapan nie "bunting pelamin". Ada jugak artikel yang saya baca orang boleh salah anggap yang kita nie mengandung dulu baru nikah. Saya pun berfikir nak buat pemeriksaan awal ke tak? Sekarang nie kandungan saya dah 5 minggu. Wajar tak saya buat pemeriksaan bila usia kandungan 2 bulan?